Nik Abduh tolak kerusi ditawarkan, kata Tuan Ibrahim

Nik Abduh tolak kerusi ditawarkan, kata Tuan Ibrahim

Nik Abduh tolak kerusi ditawarkan, kata Tuan Ibrahim
NIK Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. FOTO Arkib NSTP.

Kota Bharu: Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan selepas menolak dua kerusi yang ditawarkan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Nik Mohamad Abduh juga berlapang dada sekiranya tidak bertanding pada PRN kali ini.

Pada masa sama, beliau menafikan dakwaan bahawa tindakan tidak mencalonkan Nik Mohamad Abduh sebagai berniat mematikan legasi Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.



“Tiada isu berhubung ketiadaan Nik Abduh dalam PRN kerana dalam politik ruangnya adalah banyak dan besar, bukan untuk bertanding semata-mata.

“Kita ada tawarkan satu… dua kerusi, namun beliau tolak. Nik Abduh pun kata tidak bertanding pun tidak mengapa, beliau boleh fokus kepada sekolah agama yang diuruskannya.

“Ketiadaan Nik Abduh juga bukan untuk matikan legasi Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz kerana untuk meneruskan legasi bukan hanya perlu menjadi calon, sebaliknya perjuangannya yang perlu disambung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional (PN) Kelantan, di sini, hari ini.



Ditanya sama ada benar dakwaan mengatakan Nik Mohamad Abduh meminta untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka, Tuan Ibrahim hanya tersenyum dan enggan mengulas.

Nik Abduh tolak kerusi ditawarkan, kata Tuan Ibrahim


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading