RM2,450 sebulan diperlukan untuk bersara dengan selesa

RM2,450 sebulan diperlukan untuk bersara dengan selesa

RM2,450 sebulan diperlukan untuk bersara dengan selesa
GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Hanya 23 peratus rakyat Malaysia beranggapan dapat bersara secara selesa, dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2,450 sebulan diperlukan untuk keperluan asas selepas bersara sekiranya menetap di Kuala Lumpur.

Berdasarkan Survei Persaraan Etiqa 2023 bagi rakyat Singapura dan Malaysia, ia mendapati 46 peratus rakyat Malaysia hanya mula merancang persaraan mereka di usia emas, iaitu 55 tahun ke atas, hanya lima tahun sebelum umur persaraan semasa di Malaysia.

“Ia berbeza dengan situasi di Singapura di mana 51 peratus penduduk negara itu memulakan perancangan persaraan mereka seawal 34 tahun,” katanya.



Menurut kajian berkenaan, dengan purata jangka hayat rakyat Malaysia yang lebih panjang sekitar 73.4 tahun, wanita di Malaysia mampu hidup lebih lama daripada lelaki dengan jangka hayat masing-masing sekitar 75.6 tahun dan 70.8 tahun.

“Ia bermakna, keperluan untuk mempunyai simpanan yang mencukupi ketika persaraan menjadi semakin penting,” katanya.

Berdasarkan data dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ia menyatakan bahawa untuk bersara di Kuala Lumpur ketika ini, perbelanjaan RM2,450 sebulan diperlukan untuk keperluan asas.

Oleh itu, individu yang menetap di Kuala Lumpur akan memerlukan sekurang-kurangnya RM600,000 untuk bersara, manakala RM900,000 hingga RM1 juta diperlukan untuk bersara dengan selesa.

Katanya, memandangkan rakyat Malaysia perlu menjadi jutawan untuk bersara dengan selesa, tempoh masa yang mencukupi diperlukan untuk membina kekayaan.



Bagaimanapun, rakyat kedua-dua negara bimbangkan ketidaktentuan selepas bersara.

“Rakyat kedua-dua negara amat bimbang sekiranya masalah kesihatan mereka akan menelan perbelanjaan besar dan menghabiskan dana persaraan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi




“Oleh itu, kehabisan dana persaraan sudah menjadi senario yang paling dibimbangi oleh kedua-dua negara. Kebimbangan ketiga adalah peristiwa luar kawalan seperti inflasi global, pandemik dan krisis global,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurans dan Takaful, Kamaludin Ahmad berkata, kajian itu secara tidak langsung merungkai kebenaran yang membimbangkan mengenai rakyat Malaysia.

“Kita dapati bahawa rakyat Malaysia bersikap terlalu selesa dengan dana persaraan mereka kerana sebahagian besar daripada mereka tidak membuat perancangan kewangan seawal mungkin.

“Oleh itu, rakyat Malaysia perlu diberikan lebih banyak ilmu perancangan kewangan untuk mereka bersara dengan selesa.



“Sebagai contoh, jika seseorang beranggapan bahawa dengan menyimpan sehingga RM600,000 sebagai dana persaraan mereka sudah cukup untuk menampung bil perubatan, keperluan harian, kecemasan dan hal-hal lain, mereka mungkin akan terkesima ketika mengetahui bahawa dana simpanan mereka mungkin tidak mencukupi,” katanya.

“Pelan perlindungan insurans dan takaful yang memberikan perlindungan untuk penyakit kritikal, perlindungan perubatan dan kemalangan diri amat penting untuk mengurangkan impak terhadap dana simpanan ketika menghadapi musibah di masa depan dan sepatutnya menjadi keutamaan bagi setiap individu,” katanya.

RM2,450 sebulan diperlukan untuk bersara dengan selesa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading