Caicedo pilih Chelsea, bukan Liverpool

Caicedo pilih Chelsea, bukan Liverpool

Caicedo pilih Chelsea, bukan Liverpool
CAICEDO bakal menjadi aset baharu Chelsea selepas The Blues menandatangani khidmatnya pada harga perpindahan termahal Britain bernilai £115 juta (RM671.44 juta). – AFP

LONDON – Bintang Brighton, Moises Caicedo hanya menanti masa untuk diumumkan sebagai pemain baharu Chelsea dengan harga perpindahan termahal Britain bernilai £115 juta (RM671.44 juta).

Ia bakal menamatkan perpindahan saga melibatkan Caicedo, 21, yang bersetuju dengan terma perjanjian daripada The Blues menerusi kontrak panjang selama lapan tahun di Stamford Bridge.

Tonggak Ecuador itu akan menjadi aset terbaharu pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino yang baru sahaja berjaya mencipta sensasi mengikat Liverpool 2-2 pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.



Menariknya, dua pembe­lian baharu The Blues musim ini, Nicolas Jackson berjaya menampilkan prestasi menghiburkan dan Axel Disasi pula muncul wira apabila meledak gol penya­maan dalam perlawanan itu.

Ia pastinya tamparan besar buat The Reds kerana sebelum ini sudah bersetuju dengan Brighton untuk mendapatkan khidmat Caicedo menerusi yuran perpindahan bernilai £111 juta (RM648.08 juta).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO MESTI ‘Reform’ Sekiranya Mahu Kekal Relevan




Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp merasakan Caicedo mampu mengisi kekosongan di bahagian tengah bertahan selepas kapten, Jordan Henderson dan Fabinho berhijrah ke Arab Saudi baru-baru ini.

Bagaimanapun, impian itu musnah selepas Caicedo lebih berminat menyertai Chelsea berbanding Liverpool walaupun The Blues tidak mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan Eropah musim ini.

Perpindahan itu bakal me­nyaksikan Caicedo sebagai pemain termahal dalam sejarah EPL mengatasi rekod lama ketika Chelsea membeli Enzo Fernandez dari Benfica menerusi harga £107 juta (RM626.18 juta) pada Januari lalu. – AGENSI

Caicedo pilih Chelsea, bukan Liverpool


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Hadi Dan Muhyiddin Masih Lagi Bermimpi Selepas PRN 6

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading