‘Dia ingatkan kena denda…’ – Bapa saudara budak didera ibu kandung, teman wanita

Dia ingatkan kena denda…’ – Bapa saudara budak didera ibu kandung, teman wanita

'Dia ingatkan kena denda...' - Bapa saudara budak didera ibu kandung, teman wanita
Laporan BH Online mengenai ibu tunggal, 27, dan rakannya, Awiin Chua, 30, didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menganiaya dan mengabaikan seorang kanak-kanak lelaki.

JOHOR BAHRU: Keluarga kepada budak lelaki tujuh tahun yang disyaki didera ibu kandung dan kenalan wanitanya di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, di sini, berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyegerakan keputusan hak penjagaan sementara mangsa.

Keluarga bimbang kanak-kanak itu diletakkan di bawah jagaan JKM di negeri ini, sedangkan mangsa tidak mempunyai saudara mara di sini.

Bapa saudaranya, Mohamad Nazren Mohamad Zahir, 31, berkata mereka hanya mahu membawa pulang anak bongsu daripada dua beradik itu ke kampung di Kedah secepat mungkin.



“Saya kasihan, selama ini kami tak tahu keadaan dia di sini. Jadi saya harap JKM boleh beri hak penjagaan kepada waris sebab takut kalau JKM jaga dia di sini, dia sorang-sorang, kami tak ada. “Dia juga sudah tak sabar nak pulang ke kampung,” katanya.

Mohamad Nazren yang ditemui di luar Mahkamah Sesyen di sini hari ini, berharap hak penjagaan itu dapat diberikan kepada mereka sekeluarga yang menjaga mangsa dan kakaknya sejak kecil, terutama selepas ibu bapa mereka bercerai pada 2018.

“Lepas ibu bapa mereka cerai pada 2018, memang kami yang jaga, daripada kecil kami jaga, kakak dia berusia sembilan tahun pun elok sahaja bersekolah di bawah jagaan kami. Selepas berbincang, bapa kandungnya juga bersetuju untuk memberikan hak penjagaan kepada kami,” jelasnya.

Abang kepada ibu mangsa itu bercerita lanjut, sebelum ini tidak timbul masalah apabila adik perempuannya itu, bongsu daripada empat beradik mengambil anak-anaknya keluar kerana akan menghantar mereka pulang dalam keadaan baik.



“Pada September 2022, adik ada pinjam kereta ayah sebab nak bawa anak-anaknya berjalan di Singapura. Pada Mac lalu, dia hanya hantar anak perempuannya kepada kami dan mendakwa mangsa masih seronok tinggal di Johor Bahru bersamanya dan akan disekolahkan di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.


“Itulah kali terakhir saya jumpa anak saudara dengan ibunya. Selepas itu, kami gagal hubungi mereka, nak buat laporan polis tak boleh kerana mangsa dikatakan berada di bawah jagaan ibunya sendiri,” katanya.



Mohamad Nazren berkata, adiknya sudah lama tinggal di daerah ini, namun keluarga tidak tahu bila dia berpindah ke Pasir Gudang.

Mengenai mangsa pula, katanya, anak saudaranya ceria, sentiasa gembira dan sangat baik sehinggakan menyangka dipukul kerana didenda.

“Dia sangat baik, ingat dia kena pukul sebab kena denda sahaja. Saya sekeluarga reda dengan apa berlaku, tapi kami sedih sebab kami yang jaga dia dari kecil,” katanya berterima kasih kepada penduduk Bandar Layangkasa yang bertindak pantas menyelamatkan anak saudaranya itu.

“Anak saudara saya dalam keadaan baik di hospital. Nanti bila keluar hospital, kami bercadang nak bawa dia jumpa semua jiran-jiran yang membantunya,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hadi Dan Muhyiddin Masih Lagi Bermimpi Selepas PRN 6


Terdahulu, ibu tunggal, 27, dan rakan serumahnya yang berperwatakan lelaki, Awiin Chua, 30, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan mangsa sejak bulan lalu.

Mereka didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal dan mengabaikannya.



Dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang, antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.

‘Dia ingatkan kena denda…’ – Bapa saudara budak didera ibu kandung, teman wanita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading