Kes remaja dipukul: Polis serah kertas siasatan kepada pendakwa raya

Kes remaja dipukul: Polis serah kertas siasatan kepada pendakwa raya

Kes remaja dipukul: Polis serah kertas siasatan kepada pendakwa raya
Tujuh pelajar sekolah direman dua hari dipercayai terlibat kes pukul pelajar oleh Mahkamah Majestret Johor Bahru. – Foto fail NSTP

JOHOR BAHRU: Polis menyerahkan kertas siasatan kes tujuh remaja yang disyaki memukul seorang remaja lelaki di Taman Bestari Indah di sini, 9 Ogos lalu kepada pejabat pendakwa raya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan sudah dilakukan terhadap semua suspek yang berusia 14 hingga 17 tahun itu selepas mereka direman dua hari sejak semalam.

Katanya, semua suspek itu juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.



“Siasatan selesai dan semua suspek telah dibebaskan dengan jamin. Kita ambil tindakan serah kertas siasatan kepada pejabat pendakwa raya hari ini,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan kes itu, hari ini.

Semalam, tujuh remaja lelaki dan seorang warga asing ditahan reman dua hari sehingga hari ini.

Terdahulu, mereka ditahan antara jam 5.30 petang sehingga 9.34 malam kelmarin dalam enam serbuan di dalam daerah ini.

Hasil siasatan awal mendapati suspek utama tidak berpuas hati dengan mangsa yang juga remaja lelaki berusia 15 dipercayai berkawan dengan teman wanitanya menyebabkan dia dipukul, ditendang, disepak, dipijak dan ditumbuk kumpulan suspek berkenaan.



Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading