Taja rider masuk ‘U’
Taja rider masuk ‘U’

PLATFORM penghantaran makanan terkemuka di Malaysia, foodpanda, baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Antarabangsa Manipal (MIU) untuk kerjasama bagi memberi peluang kepada rakan penghantar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Inisiatif ini bertujuan membantu rakan penghantar meningkatkan kemahiran dan kelayakan yang diperlukan untuk memajukan kerjaya mereka.
Foodpanda dalam kenyataannya berkata, menerusi kerjasama itu, lima rakan penghantar dipilih untuk menyertai kursus Diploma Pengurusan Perniagaan dengan tajaan selama dua tahun.
Menurutnya, kursus itu ialah sebahagian daripada kursus komprehensif ditawarkan MIU.
“Bagi menyokong dan memastikan mereka dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran, foodpanda akan menyediakan komputer riba dan penginapan asrama secara percuma untuk mereka sepanjang tempoh dua tahun kursus berkenaan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikap PN Yang Memualkan
- Sepatutnya Dr Akmal Kekalkan Profesion Doktor Panadol Bukan Ahli Politik
- Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN
Dalam pada itu, Ketua Bahagian Logistik, foodpanda Malaysia, Shubham Saran berkata, pihaknya komited untuk pelaburan masa depan rakan penghantar yang menjadi nadi dan jiwa perniagaan platform penghantaran makanan itu.
“Kami sentiasa berasa bangga dengan dedikasi dan usaha gigih mereka. Oleh sebab itu, kami sangat teruja untuk menyokong dan menyaksikan kejayaan mereka untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Antarabangsa Manipal, Prof Dr Jason Fitzsimmons berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengalu-alukan rider‘ foodpanda ke kampusnya dalam usaha untuk memberi mereka peluang untuk mengubah kehidupan mereka.
“Kolaborasi ini menonjolkan kuasa pendidikan dalam memacu perubahan positif. Kami berharap bahawa apa yang kami mulakan ini akan membuka peluang untuk kerjasama strategik dalam membangunkan rakyat serta ekosistem ekonomi ‘gig’ di Malaysia secara keseluruhan,” katanya.
Seorang penerima biasiswa menerusi program itu, R Gopinath berkata, dia berterima kasih kepada foodpanda kerana terpilih menerima tawaran melanjutkan pengajian itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MB Terengganu Pegang 4 Portfolio Terengganu, Tahniah Rakyat Terengganu
- Sekiranya Benar 7 Ahli Parlimen BN Letak Jawatan, Akan Tumbangkah Kerajaan Perpaduan?
Bapa tunggal berusia 41 tahun itu yang menjadi rakan penghantar foodpanda selama empat tahun terpilih daripada 60 pemohon.
“Saya mempunyai impian dan aspirasi seperti semua orang. Saya ingin melanjutkan pengajian di universiti, supaya boleh memiliki kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga saya.
“Tetapi impian saya hancur apabila tidak mampu untuk meneruskan pengajian selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Ibu bapa saya sudah berjuang keras untuk mencukupkan keperluan dan saya tidak mahu memberi bebanan tambahan kepada mereka,” katanya.
Taja rider masuk ‘U’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir akan gelabah di Mahkamah.
- Mahathir paling tidak layak sebut kerajaan “dwi standard”
- PAS ratah isi, BERSATU hanya dapat hirup kuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :