TNB hasrat perluas portfolio
TNB hasrat perluas portfolio
TENAGA Nasional Bhd (TNB) berhasrat memperluas portfolio dalam tenaga boleh baharu (TBB) di pasaran antarabangsa sedia ada seperti di United Kingdom (UK), serta seluruh Asia Pasifik dan Eropah.
Ketua Pegawai Tenaga Baharu TNB Mohd Zarihi Mohd Hashim berkata, perluasan portfolio itu akan dilaksanakan melalui usaha penubuhan dan peningkatan kepakaran dalam pembangunan aset meliputi tenaga solar dan angin sama ada di darat atau di laut, yang disokong oleh penyimpanan utiliti.
Katanya, salah satu pemacu utama kepada strategi penerokaan adalah melalui kerjasama strategik untuk meningkatkan kadar penembusan pasaran dan pembangunan keupayaan atau kompetensi untuk memberikan kecemerlangan operasi.
“Di TNB, kami juga percaya kepada kolaboratif, baik di dalam atau di luar negara yang penting untuk memupuk inovasi dan bagi melaksanakan kejayaan peralihan tenaga.
“Justeru, kami akan meneruskan penerokaan pasaran-pasaran baharu membabitkan kawasan Eropah dan Asia Pasifik,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara: ‘Tenaga Boleh Baharu Tunjang Peralihan Tenaga’ terbitan Bernama TV, Selasa lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikap PN Yang Memualkan
- Sepatutnya Dr Akmal Kekalkan Profesion Doktor Panadol Bukan Ahli Politik
- Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN
Menjelaskan selanjutnya, Mohd Zarihi berkata, usaha penerokaan pasaran di Eropah akan dilaksanakan menerusi anak syarikat milikan penuh TNB iaitu Vantage RE Ltd di UK yang bakal menjadi pusat tumpuan operasi dalam penerokaan aset-aset penjanaan TBB di UK dan Eropah.
“Selain itu, TNB juga giat meneroka di pasaran Asia Tenggara yang kami mempunyai beberapa rakan strategik di Vietnam, Laos dan Thailand untuk mengembangkan lagi kerjasama di peringkat Asean dalam rentas sempadan untuk Malaysia menjadi hab tenaga hijau di rantau ini,” katanya.
Malah beliau turut berkongsi rasa optimis bahawa pelabur kini mempunyai keyakinan untuk melabur dalam industri TBB selaras dengan aspirasi kerajaan yang menyediakan dasar, panduan serta pembiayaan yang jelas untuk pelaburan teknologi baharu.
Pada masa ini, Malaysia dan Asean berminat untuk memperoleh manfaat menerusi perdagangan rentas sempadan seperti rakan di Eropah yang mana kerjasama berkaitan mencapai anggaran €34 bilion dalam pengukuhan pasaran rentas sempadan di kesatuan itu.
“Sudah ada kefahaman bersama dalam kalangan negara-negara Asean mengenai betapa kritikalnya kepentingan peralihan tenaga. Ini membantu mendorong rantau Asean mempercepatkan program kesalinghubungan yang lama tertangguh,” katanya.
– Bernama
TNB hasrat perluas portfolio
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir akan gelabah di Mahkamah.
- Mahathir paling tidak layak sebut kerajaan “dwi standard”
- PAS ratah isi, BERSATU hanya dapat hirup kuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?