Jepun catat rekod musim panas paling panas

Jepun catat rekod musim panas paling panas

Jepun catat rekod musim panas paling panas
ORANG ramai di luar stesen Shinjuku, Tokyo pada 30 Julai lalu. Purata suhu bagi tempoh Jun-Ogos tahun ini melepasi paras biasa dan melebihi rekod sebelum ini. FOTO AFP

Tokyo: Jepun menyaksikan suhu purata tertinggi bagi musim panas kali ini sejak penyimpanan rekod bermula, lapor Xinhua.

Purata suhu bagi tempoh Jun-Ogos tahun ini melepasi paras biasa sebanyak 1.76 darjah celcius, melebihi rekod sebelum ini pada tahun 2010 iaitu 1.08 darjah, menjadikannya musim panas paling panas dalam sejarah Jepun sejak rekod bermula pada 1898, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Jumaat.

Dalam mesyuarat panel JMA yang diadakan pada Isnin, pakar menyifatkan musim panas kali ini sebagai “tidak normal.”



Antara 16 Julai dan 23 Ogos, rekod suhu maksimum dipecahkan di 106 daripada 915 lokasi pemantauan di seluruh Jepun, yang mencatatkan Julai sebagai bulan terpanas, diikuti Jun.

Bermula pada akhir Julai, sistem tekanan tinggi dari Lautan Pasifik menyelubungi pulau utama Honshu, menyebabkan peningkatan suhu berlaku.

Angin baratan yang bertiup pada latitud lebih tinggi berbanding biasa dan suhu permukaan laut yang tinggi antara unsur lain yang menyumbang kepada gelombang haba.

Jepun catat rekod musim panas paling panas

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading