226,000 terputus bekalan elektrik
226,000 terputus bekalan elektrik

Taipei: Taufan Haikui melanda Taiwan dengan membawa hujan lebat dan angin kencang, menyebabkan sekurang-kurangnya 226,000 isi rumah terputus bekalan elektrik dan ramai penduduk cedera, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor agensi berita dpa.
Menurut Pusat Operasi Kecemasan Pusat (CEOC), Haikui melepasi selatan Taiwan dan memasuki Selat Taiwan pada awal Isnin. Ribut yang lemah itu menuju ke bahagian selatan China.
Angin kencang menumbangkan pokok di timur dan selatan Taiwan dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Pada Ahad, ribut itu mencatatkan kelajuan angin berterusan maksimum kira-kira 150 kilometer sejam (km/j), dengan tiupan sehingga kira-kira 190 km/j.
Ribut itu juga menyebabkan tanah runtuh dan banjir.
Menurut CEOC, sekurang-kurangnya 78 orang cedera dalam kemalangan jalan raya, termasuk penunggang skuter dan pemandu kereta yang dihempap pokok tumbang.
Kira-kira 8,000 penduduk dipindahkan dan 1,916 orang ditempatkan di pusat perlindungan awam semasa Haikui melanda, menurut CEOC.
Ekor ribut itu akan terus menjejaskan cuaca tempatan di Taiwan sehingga awal Selasa, iaitu apabila CEOC dijangka menarik balik amaran taufan.
226,000 terputus bekalan elektrik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cara Media Perdana Membunuh Kerajaan Perpaduan
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?