Latheefa Koya Yang Koyak
Latheefa Koya Yang Koyak
Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, yang mengendalikan siasatan kes Yayasan Akal Budi yang melibatkan DS Zahid mengkritik pendakwaan kerana menghentikan pendakwaan.
Latheefa Koya menyifatkan keputusan tersebut sebagai suatu yang memalukan.
Beliau turut mempersoalkan rasional tindakan itu dibuat.
Kerana dakwa beliau, mahkamah pada 24 Januari tahun lalu telah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie.
“Apa kata pegawai-pegawai SPRM yang telah berhempas pulas sepanjang hidup mereka memerangi rasuah?”.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Atau Syahir Yang Menipu?
- Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Zahirkan Kebimbangan Ke Atas Integriti & Kredibiliti Badan Kehakiman
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedang ‘mensucikan’ Mahathir?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Pakar Mula Persoalkan Keikhlasan Pemimpin UMNO Untuk Bebaskan Najib
“Apa mesej yang hendak disampaikan oleh kerajaan ini?,” soal beliau.
Benar, mahkamah sudah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie, tetapi itu di peringkat pendakwaan.
Di peringkat pendakwaan, saksi yang dipanggil hanyalah saksi pendakwaan.
Tetapi tidak ada saksi pihak pembelaan dipanggil dan pihak pembelaan hanya akan menyoal balas saksi pendakwaan sahaja.
Namun apabila tertuduh dipanggil untuk membela diri dan selepas saksi pembelaan dipanggil, keadaan boleh berubah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 11 Alasan Jabatan Peguam Negara Membayangkan Sokongan Terhadap RCI Tommy Thomas
- Amaran Ayob Khan Kepada Muhyiddin & Ahli Politik
- Najib Razak individu paling berpengaruh dalam politik Malaysia
Keputusan mahkamah mendapati ada kes prima facie bukan bermakna mahkamah sudah mendapati tertuduh bersalah.
Mahkamah cuma berpendapat ada asas untuk memanggil tertuduh supaya membela diri.
11 Alasan Peguam Negara Menghentikan Pertuduhan Mendedahkan Kelemahan Latheefa Koya
11 alasan yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara telah mendedahkan kelemahan Latheefa Koya semasa menerajui SPRM.
Alasan ke 5 yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara dalam menghentikan pertuduhan berbunyi:
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Awang Akan Di Dakwa
- Tun Razak Perkenalkan Dasar Buku Hijau, Mahathir Pula Perkenalkan Dasar Mak Kau Hijau
- KENYATAAN MEDIA Peguambela YAB DS Ahmad Zahid Hamid
Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah
-
Surat representasi tertuduh menyentuh isu siasatan dilakukan sebelum, semasa dan selepas pertuduhan di mahkamah, dibuat secara terburu-buru, cuai, pramatang dan tidak lengkap
Ekoran dari surat representasi yang dikemukakan, pendirian pihak Jabatan Peguam Negara berpendirian di dalam alasan ke 6:
- Ianya menyebabkan reputasi dan nama baik AGC selaku pihak pendakwaan dan SPRM selaku badan penyiasat tercemar.
- Dan dilihat melalui kaca mata umum seolah-olah kedua-dua jabatan ini merupakan institusi undang-undang yang telah diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu
Dan alasan ke 6 itu berdasarkan kepada alasan ke 8:
- Pendedahan oleh Tommy, berkaitan pertuduhan dibuat terhadap individu-individu tertentu
Ianya berkaitan dengan alasan ke 10:
- Selaras dengan penubuhan RCI, antaranya menyiasat dakwaan pelanggaran tanggungjawab profesional oleh pemegang-pemegang jawatan tertinggi dalam negara ini.
Pendirian Jabatan Peguam Negara itu diperkukuhkan dengan alasan ke 11:
- Satu memo dalaman dikatakan dikeluarkan oleh AGC berkaitan kes yang sedang dibicarakan ini telah tular di media sosial
Kesimpulannya, Jabatan Peguam Negara bersetuju dengan surat representasi yang mendakwa SPRM melakukan siasatan yang terburu-buru dan pra matang.
Jasi pihak Jabatan Peguam Negara berpendapat, satu siasatan semula yang menyeluruh mesti dilakukan.
Dan yang menerajui SPRM ketika itu adalah Latheefa Koya.
Inilah yang menyebabkan Latheefa Koya merasa marah dengan keputusan Jabatan Peguam Negara.
Marah tak apa, tapi jangan koyak, yer Latheefa Koya.
Latheefa Koya Yang Koyak
Di Syorkan Untuk Anda:
- Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah
- Hadi Awang Akan Di Dakwa
- Tun Razak Perkenalkan Dasar Buku Hijau, Mahathir Pula Perkenalkan Dasar Mak Kau Hijau