Sharnaaz Ahmad Kini Buat Bisnes Ais Krim Yogurt
Cawangan Kelima Hadiah Hari Jadi Ke-38
Sharnaaz Ahmad Kini Buat Bisnes Ais Krim Yogurt
Selepas mencipta sukses dalam dunia lakonan, kini aktor Sharnaaz Ahmad optimis melibatkan diri dalam bidang perniagaan ais krim yogurt popular, Hello.
Sudah pun mempunyai lima cawangan, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengakui pembukaan cawangan terbaharu jenama itu di Mahkota Parade, Melaka baru-baru ini begitu sentimental kerana ia sebagai hadiah istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-38.
“Jujurnya tak sangka Hello melangkah sepantas ini. Dalam tempoh beberapa bulan saja, ia sudah mempunyai lima cawangan dan bakal membuka 80 cawangan lagi di Malaysia dan Indonesia.
“Cawangan keenam saya bakal dibuka dalam masa terdekat. Lokasinya sangat dekat di hati saya.
“Malah pembukaan Hello di Mahkota Parade ini juga merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran yang ke-38 pada 30 Ogos lalu,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 11 Alasan Jabatan Peguam Negara Membayangkan Sokongan Terhadap RCI Tommy Thomas
- Amaran Ayob Khan Kepada Muhyiddin & Ahli Politik
- Najib Razak individu paling berpengaruh dalam politik Malaysia
Pelakon filem Polis Evo 3 itu juga terharu dengan sokongan peminat yang sekaligus membawa kepada kejayaan jenama itu untuk dikenali.
“Saya percaya ada peminat yang sentiasa menantikan Hello dibuka di negeri kelahiran mereka. Insya-Allah Hello akan menembusi di seluruh pelusuk negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak serta Indonesia,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hello, Aliza Ali menjelaskan, selepas membuka lima cawangan, Hello kini dalam fasa menembusi pasaran di Malaysia dan Indonesia selepas menerima permintaan tinggi.
Matlamat Hello menjadi jenama francais frozen yogurt Malaysia pertama yang menembusi pasaran antarabanga sekaligus menjadi jenama frozen yogurt nombor satu di dunia.
“Kami menerima maklum balas yang begitu positif daripada pelanggan dari seluruh negara. Malah ada yang sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk mendapatkannya.
“Justeru kami sedang giat mencari lokasi lain di seluruh Malaysia dan Indonesia untuk membuka cawangan seterusnya. Kami yakin jenama ini akan menjadi jenama aiskrim berasaskan yogurt nombor satu dalam masa terdekat”, katanya lagi.
Aliza menambah, Hello juga menyasarkan untuk membuka 80 cawangan di Malaysia dan Indonesia sekaligus membuka 800 peluang pekerjaan baru.
Sharnaaz Ahmad Kini Buat Bisnes Ais Krim Yogurt
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Atau Syahir Yang Menipu?
- Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Zahirkan Kebimbangan Ke Atas Integriti & Kredibiliti Badan Kehakiman
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedang ‘mensucikan’ Mahathir?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Pakar Mula Persoalkan Keikhlasan Pemimpin UMNO Untuk Bebaskan Najib