Jalan-jalan dapat emas!

Jalan-jalan dapat emas!

Jalan-jalan dapat emas!
Erlend Bore, 51, menunjukkan emas yang ditemui olehnya semasa senaman berjalan kaki sambil membawa alat pengesan logam. FOTO Agensi

Oslo: Seorang lelaki Norway tidak menyangka aktiviti senaman berjalan yang dilakukannya atas nasihat doktor membawa tuah kepadanya.

Ia berikutan aktiviti itu dilakukan dengan membawa pengesan logam yang membawa kepada penemuan barangan emas abad keenam yang jarang ditemui.

The Guardian melaporkan ahli arkeologi menyifatkannya sebagai penemuan emas terhebat abad ini.



Ia terdiri daripada sembilan medal emas dan mutiara emas yang pernah membentuk kalung mewah, serta tiga cincin emas, beratnya melebihi 100 gram dan setakat dikatakan berasal dari kira-kira tahun 500 masihi.

Ahli arkeologi mengatakan penemuan itu unik kerana reka bentuk pada medallion, sejenis kuda dari mitologi Norse.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

3 Hakim Kanan VS Tengku Maimun



Erlend Bore, 51, secara tidak sengaja menemui emas berkenaan berkata pada mulanya dia menyangka ia adalah syiling yang terdapat dalam fiksyen cerita lanun Norway.

“Pada mulanya saya fikir ia adalah syiling coklat atau syiling Kapten Sabertooth, Ia sama sekali tidak benar,” katanya merujuk kepada cerita fiksyen lanun Norway.

Bore, yang ketika kecil mempunyai impian untuk menjadi ahli arkeologi berkata, penemuan tidak disengajakan itu terjadi di pulau selatan Rennesoy, berhampiran Stavanger, pada Ogos lalu selepas dia membeli pengesan logam atas cadangan doktornya untuk melakukan lebih banyak senaman.

Katanya, dia sedang hendak pulang ke rumah pada hari itu apabila peranti dibelinya tiba-tiba mula berbunyi di lereng bukit.



Dia segera menghubungi ahli arkeologi, yang mengambil alih pencarian.

Ketua Muzium Arkeologi Universiti Stavanger, Ole Madsen berkata ia adalah penemuan emas terhebat abad ini di Norway dan untuk mencari emas sebanyak itu sekali gus adalah sangat luar biasa.

Seorang profesor bersekutu di muzium itu, Hakon Reiersenber berkata emas termasuk loket dan medal itu berasal pada zaman tempoh penghijrahan di Norway, yang berlangsung antara 400 masihi dan kira-kira 550 masihi, apabila terdapat secara meluas penghijrahan di Eropah.

Selaras dengan undang-undang Norway, Bore dan pemilik tanah akan menerima ganjaran, walaupun jumlahnya masih belum ditentukan.



Objek dari sebelum tahun 1537, dan syiling yang lebih tua daripada tahun 1650, dianggap harta negara dan mesti diserahkan kepada kerajaan.

Jalan-jalan dapat emas!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahkamah kekal keputusan, rayuan Pendakwaraya gagal



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading