Nourul Wahab mengaku wujud selisih faham

Anak gadis tiba-tiba berubah sikap, ... “Ya saya kecil hati”

Nourul mengakui terasa hati dengan anaknya.

Nourul mengakui terasa hati dengan anaknya.
Nourul mengakui terasa hati dengan anaknya.

PENYANYI Nourul Wahab mengakui wujud konflik dan perselisihan faham antara dia dengan anak perempuannya iaitu Ayu Nazirah.

Mengulas luahan hatinya di Instagram sebelum ini, Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 46, berharap masalah dalaman keluarganya ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa campur tangan mana-mana pihak.

“Ya saya kecil hati, ya saya jauh hati dan ya ada perselisihan faham! Tapi biarkan tuhan tunjukkan sendiri sebab saya tidak mahu burukkan sesiapa.



 

Nourul mengakui terasa hati dengan anaknya.
Nourul mengakui sedang berselisih faham dengan anak perempuannya.

“Saya berdoa setiap hari sekiranya ada orang yang memfitnah dan menjadi batu api atau ambil kesempatan ditunjukkan kebenaran,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isham Jalil Cuba Membantu Kemenangan PN Di PRK Pelangai?




Penyanyi yang kini menetap di Bali, Indonesia ini memberitahu perselisihan faham itu terjadi sejak setahun lalu dan kali terakhir dia bertemu Ayu pada November tahun lalu.

Nourul bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca berlakunya perselisihan faham itu.

“Perselisihan ini berlaku sebenarnya sudah lama, lebih kurang setahun lalu. Kali terakhir saya bertemu dengannya pada November tahun lalu.

“Kemudian dia (Ayu) ada mesej ucap selamat hari lahir… itu sahajalah kami berhubung tetapi apa yang saya ingin katakan hubungan kami sudah tidak seperti dulu.



“Sebagai seorang ibu, kita boleh tahu bila anak kita lain, cara dia hantar mesej pun kita boleh tahu,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan

 



Ya saya kecil hati, ya saya jauh hati dan ya ada perselisihan faham!

NOURUL WAHAB

PENYANYI

Enggan konflik ini terus berpanjangan, Nourul memberitahu dia ada menghubungi bekas suaminya iaitu Ajai bagi membincangkan hal berkaitan anak mereka itu.

Lebih-lebih lagi selepas anak mereka mula menunjukkan perubahan sikap tidak seperti kebiasaan.

“Benda tidak akan terjadi kalau dia tidak berubah, tetapi saya tidak boleh nak cerita. Saya cuba sebaik mungkin untuk membuatkan dia faham bahawa saya juga memahami situasi yang dialami olehnya.

“Ini merupakan pertama kali perselisihan faham antara saya dan Ayu. Apabila berlaku perubahan itu, saya kongsikan cerita ini dengan Ajai.



“Dia ada berjumpa dengan Ayu dan selepas itu saya tidak tahu apa yang berlaku. Apa-apa pun saya hargai semua usaha yang Ajai telah lakukan,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Tiada Asas Moral Untuk Pertikaikan Keputusan Mahkamah Bebaskan Zahid


Dalam perkongsian Nourul sebelum ini, dia turut menyebut anak perempuannya itu sudah dimiliki oleh individu lain iaitu seorang wanita yang boleh dianggap sebagai ibu.



Nourul mengakui terasa hati dengan anaknya.
Nourul bersyukur anaknya dijaga baik oleh Ajai dan isteri.

Ditanya adakah wanita berkenaan ialah ibu kepada kekasih Ayu iaitu pelakon Datin Maria Farida, Nourul memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu berkenaan kerana enggan menyalahkan mana-mana pihak.

“Kamu (wartawan) rasa bagaimana? Saya pun tidak boleh cakap tentang perkara ini sebab saya tidak boleh menyalahkan orang lain.

“Baru-baru ini saya buat live di media sosial pun saya tidak suka sebut nama sesiapa. Saya tidak suka memburukkan sesiapa.

“Kenapa saya berkongsi di Instagram, sebab ada wanita-wanita yang merasakan situasi sama iaitu tentang perubahan yang berlaku pada anak-anak,” jelasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isham Jalil Cuba Membantu Kemenangan PN Di PRK Pelangai?


Dalam pada itu, Nourul menegaskan bahawa wanita yang dimaksudkan bukanlah isteri Ajai iaitu Norliza Ilias.

Kata Nourul, Ajai dan isterinya sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik membesarkan Ayu menjadi seorang anak yang sempurna.

“Apa yang saya sebut tentang ibu baharu itu bukan isteri Ajai. Saya tahu Ajai dan isterinya sudah lakukan yang terbaik untuk menjaga Ayu. Isteri Ajai yang jaga Ayu daripada kecil,” ujarnya.

Pada Rabu lalu, Nourul berkongsi foto dirinya ketika hamil dan menceritakan situasi sebelum melahirkan anak pertama sekitar 23 tahun lalu.

 

Nourul mengakui terasa hati dengan anaknya.
Nourul sebelum ini berkongsi momen hamil anak pertama.

Tulisan Nourul itu seperti menggambarkan bahawa penyanyi itu berkecil hati dengan anak perempuannya yang didakwa seakan-akan meminggirkan dirinya selepas mempunyai ‘ibu baharu’.

Untuk rekod Nourul mendirikan rumah tangga dengan Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Febuari 2007.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23.

Kemudian Ajai berkahwin dengan Liza pada 15 Ogos 2009 manakala Nourul pula bernikah dengan Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.

Nourul mengakui terasa hati dengan anaknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading