Greentech peruntuk RM10 bilion untuk projek pengurusan sisa di Felda

Greentech peruntuk RM10 bilion untuk projek pengurusan sisa di Felda

Greentech peruntuk RM10 bilion untuk projek pengurusan sisa di Felda
Timbalan Menteri Kewangan l, Datuk Seri Ahmad Maslan (tengah) menyaksikan Pengarah Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar (dua dari kiri) dan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Greentech Axis Berhad, Datuk Seri Mohamad Feardaus Khairudin (tiga dari kanan) pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Greentech Axis Berhad dan Felda. – FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Sejajar dengan pelaksanaan Pelan Induk Teknologi Hijau Malaysia bagi menuju masa depan bersih dan lestari, Greentech Axis Berhad (Greentech) bakal memperuntukkan kira-kira RM10 bilion untuk melaksanakan pembinaan Pengurusan Sisa Bersepadu (IWMP) dalam tempoh 10 tahun.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Greentech, Datuk Seri Dr Mohamad Feardaus berkata, bagi merealisasikan inisiatif itu pihaknya menjalin kerjasama strategik dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk membangunkan inovasi teknologi hijau terutamanya dalam sistem pengurusan sisa.

Katanya, jalinan bersama itu bakal membawa inovasi lebih baik bagi mendorong pertumbuhan ekonomi serta menggalakkan teknologi hijau dalam industri pengurusan sisa dan tenaga boleh diperbaharui terutama di kawasan Felda.



“Bagi fasa pertama, Greentech akan membina IWMP di kawasan Felda Wilayah Selatan membabitkan kos permulaan sebanyak RM1.4 bilion.

“Secara keseluruhan projek perintis IWMP membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM10 bilion bagi 10 tahun akan datang dan secara berperingkat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat




“Untuk permulaan projek ini akan dilaksanakan di Felda Adela, Felda Air Tawar dan Felda Tenggaroh serta bakal menjadi perintis terawal bagi model IWMP.

“Bagaimanapun, projek perintis IWMP sudah bermula setahun lalu bagi peringkat kajian dan akan mula dibangunkan bermula 2024,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Greentech dan Felda di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Mohamad Feardaus berkata, proses IWMP membabitkan hasil buangan kilang, sisa ladang yang dikumpulkan dan pengumpulan sisa buangan makanan dan sisa pepejal daripada kawasan rancangan Felda.



Beliau berkata, dengan pendekatan komprehensif untuk pengendalian sisa, loji itu akan meminimumkan kesan alam sekitar, menjimatkan sumber dan mengurangkan sisa tapak pelupusan di mana IWMP akan menyediakan platform untuk menguruskan sisa buangan secara bersepadu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal


“Ini adalah peringkat pertama di tiga kawasan tanah rancangan Felda di Johor. Selepas ini kumpulan menyasarkan untuk meneroka ke semua tanah rancangan Felda seluruh negara.



“Inisiatif ini juga adalah seiring dengan hasrat kerajaan ke arah sifar bersih selain memberikan nilai tambah kepada keluarga peneroka Felda,” katanya.

Menurutnya, kemudahan IWMP akan mengetengahkan sistem pengurusan sisa melalui teknologi inovatif hijau yang mengamalkan konsep Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna Semula) dan Recycle (Kitar Semula).

Greentech peruntuk RM10 bilion untuk projek pengurusan sisa di Felda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button