Kerana mi ayam, remaja hilang kaki, 10 jari

Kerana mi ayam, remaja hilang kaki, 10 jari

Kerana mi ayam, remaja hilang kaki, 10 jari
GAMBAR hiasan. FOTO Google

London: Gara-gara makan sisa makanan disimpan di peti sejuk, 10 jari dan kaki remaja lelaki terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya.

Remaja berusia 19 tahun itu juga terpaksa menjalani beberapa pembedahan selepas mengalami pelbagai komplikasi akibat keracunan makanan.

Mirror UK melaporkan, kejadian berlaku apabila remaja itu memakan sisa mi ayam yang ditinggalkan semalaman di dalam peti sejuk oleh rakan sebiliknya.



Kurang daripada 24 jam selepas memakan sisa makanan, penuntut terbabit jatuh sakit dan mengalami pelbagai komplikasi sebelum akhirnya semua jari dan kakinya dipotong, menurut laporan dalam New England Journal of Medicine (NEJM).

Jurnal itu mencatatkan remaja itu mengalami ‘kejutan’, pelbagai kegagalan organ, sepsis, buah pinggangnya gagal berfungsi dan ruam selepas makan nasi, ayam serta sisa makanan dari sebuah restoran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?




Pesakit mengalami suhu yang sangat tinggi dengan kadar denyutan jantung 166 denyutan seminit sebelum ke hospital dan ditidurkan.

Lelaki muda yang dikenali sebagai JC dalam jurnal itu didapati tidak mempunyai alahan dan mendapat semua vaksinasi zaman kanak-kanaknya, mengikut rekod doktor.

Selepas dia muntah, doktor melihat warna kuning kehijauan yang tidak kelihatan seperti mana-mana jenis makanan.

Kata jurnal perubatan itu, remaja berkenaan jarang minum alkohol tetapi menghisap dua bungkus rokok seminggu dan ganja setiap hari.



Keadaannya yang semakin teruk memaksa dia dihantar ke hospital pakar lain dengan helikopter untuk rawatan lanjut.

Laporan dalam jurnal NEJM berkata JC bekerja sambilan di sebuah restoran dan tidak pernah mengembara baru-baru ini atau tidak terdedah kepada haiwan atau orang sakit sebelum itu.

Jurnal itu berkata, pesakit itu mengalami sakit perut dan muntah diikuti menggigil, kelemahan umum, myalgia, sakit dada, sesak nafas, sakit kepala, leher kaku dan penglihatan kabur.

“Warna kulitnya juga berubah menjadi keunguan dan pesakit terpaksa dipindahkan ke hospital lain untuk penilaian.



“Dia disahkan mengalami jangkitan kuman yang agresif menyebabkan buah pinggangnya gagal berfungsi dan darahnya mula membeku.

“Keputusan darah menunjukkan positif bakteria ‘neisseria meningitidis’ iaitu sejenis sepsis yang boleh membunuh penghidapnya,” lapor jurnal berkenaan.

Dipercayai dia dijangkiti bakteria melalui air liurnya dan dia telah terlepas suntikan penggalak untuk vaksin meningococcal yang sepatutnya didapatkan pada usia 16 tahun.

Tisu di jari dan kaki hingga ke tapak mengalami gangren, mengakibatkan kesemua 10 jari dan bahagian kaki dari bawah lutut terpaksa dipotong.



Kerana mi ayam, remaja hilang kaki, 10 jari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading