Dua wartawan Perancis buat liputan gempa di Maghribi diusir

Dua wartawan Perancis buat liputan gempa di Maghribi diusir

Dua wartawan Perancis buat liputan gempa di Maghribi diusir
PASUKAN kecemasan membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Amizmiz. FOTO Reuters

Rabat-Magribi: Tidak kurang daripada 312 wartawan asing membuat liputan mengenai gempa bumi Al Haouz di Maghribi, bagaimanapun dua daripada mereka yang merupakan warga Perancis diusir kerana melanggar undang-undang.

Maghreb Arabe Presse (MAP) melaporkan demikian memetik kenyataan Menteri Perwakilan yang bertanggungjawab bagi Perhubungan dengan Parlimen, Mustapha Baitas, pada Khamis.

“Kedua-dua warga Perancis yang dihantar pulang, tidak memohon sebarang kebenaran untuk membuat laporan mengenai gempa bumi Al Haouz,” kata Baitas pada taklimat akhbar di akhir majlis kerajaan, sambil menambah bahawa mereka memasuki Maghribi untuk tujuan pelancongan.



Beliau yang juga jurucakap kerajaan berkata, untuk itu, adalah perkara biasa bagi mereka untuk tertakluk kepada langkah pengusiran yang dibuat menggunakan peruntukan undang-undang berkaitan.

Baitas juga berkata terdapat tidak kurang daripada 312 wartawan asing, mewakili 90 media, terlibat membuat liputan mengenai gempa bumi yang bertugas secara bebas dan telus di semua wilayah yang terjejas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?




“Daripada jumlah ini, 78 wartawan atau satu perempat, terdiri daripada warga Perancis yang mewakili 16 media, 13 daripadanya bertauliah untuk melaporkan gempa bumi dan tiga daripadanya mempunyai akreditasi tetap.

“Negara kita telah menunjukkan bahawa ia adalah sebuah negara yang telus dan bebas, yang memastikan semua wartawan menjalankan tugas mereka secara bebas sepenuhnya,” katanya

Dua wartawan Perancis buat liputan gempa di Maghribi diusir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button