Filipina selamatkan lebih 1,000 mangsa pemerdagangan manusia

Filipina selamatkan lebih 1,000 mangsa pemerdagangan manusia

Filipina selamatkan lebih 1,000 mangsa pemerdagangan manusia

MANILA: Polis Filipina berjaya menyelamatkan lebih 1,000 orang yang didakwa diseludup masuk ke negara itu untuk menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Kesemua individu berkenaan dibawa masuk negara itu untuk bekerja di kasino dalam talian di Manila.



Rakyat Malaysia merupakan antara mangsa yang ditemukan ketika polis menyerbu beberapa bangunan di sebuah kawasan di ibu negara Filipina semalam.

Mangsa lain yang turut diselamatkan oleh pihak berkuasa terdiri daripada warga China, Vietnam dan Singapura.

Menurut polis, mangsa menerima tawaran pekerjaan disiarkan dalam Facebook untuk bekerja sebagai `pembantu permainan dalam talian’ di Filipina.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




Beberapa wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian menyaksikan dua trak dan van polis diparkir di luar perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, pengamal media itu tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bangunan tersebut.

Sementara itu, jurucakap jabatan anti jenayah siber polis Filipina, Michelle Sabino berkata, pihaknya pada mulanya mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes pemerdagangan manusia.



“Bagaimanapun, kami akan menyiasat secara menyeluruh termasuk sama ada pekerja berkenaan turut terlibat dalam sindiket dalam talian itu,” katanya selepas operasi serbuan itu.

Mei lalu, pihak berkuasa berjaya menyelamatkan lebih 1,000 warga asing dari beberapa negara Asia yang diseludup masuk ke Filipina, selain ditahan dan dipaksa melakukan penipuan dalam talian.

Dilaporkan, kes penipuan dalam talian di rantau Asia Pasifik semakin membimbangkan.

Malah, sindiket demikian sering dikendalikan oleh mangsa pemerdagangan yang ditipu atau dipaksa untuk mempromosikan pelaburan kripto palsu. – AFP

Filipina selamatkan lebih 1,000 mangsa pemerdagangan manusia



Filipina selamatkan lebih 1,000 mangsa pemerdagangan manusia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button