Yazan Al-Arab mohon maaf ‘tendang’ pengadil

Yazan Al-Arab mohon maaf ‘tendang’ pengadil

Yazan Al-Arab mohon maaf ‘tendang’ pengadil
Yazan Al-Arab mencipta kontroversi pada aksi suku akhir kedua bertemu Terengganu FC (TFC) minggu lalu.

KEMATIAN sepupu beberapa hari sebelum perlawanan jadi antara penyebab kepada pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab bertindak luar kawalan apabila menyepak pengadil perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Red Giants dan Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Bagaimanapun pemain dari Jordan itu sedar tindakannya itu adalah keterlaluan hingga meletakkan pasukan dan rakannya dalam situasi sukar.

“Tiada kata-kata yang boleh gambarkan perasaan saya ketika ini. Saya mohon maaf atas tindakan saya dan akan jadikannya sebagai pembelajaran untuk jadi lebih baik pada masa akan datang.



“Saya mohon maaf juga kepada penyokong Red Giants. Ia terjadi kerana tekanan psikologi perlawanan dan kematian sepupu saya beberapa minggu sebelum ini.

“Saya tahu ini bukan alasan buat saya melakukan semua ini dan ini bukan karakter saya ataupun apa yang saya belajar dalam Islam,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




Pada perlawanan itu, Selangor sekadar seri 1-1 untuk mengesahkan kemaraan Terengganu ke separuh akhir hasil kejayaan 3-1 secara agregat.

Walaupun sedar tindakannya itu turut mendapat kecaman banyak pihak, Yazan menjelaskan motivasinya terus tinggi untuk jadi individu lebih baik.

“Saya mesti minta maaf kepada semua orang dalam sistem bola sepak Malaysia dan Jordan. Saya akan terus kekal setia sebagai pahlawan Selangor.

“Saya sayangkan sukan ini dan tidak akan pernah berhenti untuk kerja keras dan harap semuanya akan jadi lebih baik pada masa akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE



Yazan Al-Arab mohon maaf ‘tendang’ pengadil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading