Sembilan didakwa culik isteri kontraktor tuntut tebusan RM540,000

Sembilan didakwa culik isteri kontraktor tuntut tebusan RM540,000

Sembilan didakwa culik isteri kontraktor tuntut tebusan RM540,000
Sembilan individu berdepan pertuduhan menculik wanita warga Indonesia yang juga isteri kontraktor pada 7 September lalu di Mahkamah Majistret Jenayah di Georgetown, hari ini. – Foto NSTP/Mikail Ong

GEORGETOWN: Sembilan individu didakwa di Mahkamah Majistret Jenayah hari ini atas pertuduhan menculik wanita warga Indonesia yang juga isteri seorang kontraktor 7 September lalu.

Tertuduh, Mohamad Noor Shahrizuan Hashin, Tan Gim Chun, C Youganathan, Lok Wai Lun, Haffizan Samsudin, Noorazlin Mat Kasa, Elaine Gooi Swee May selain dua lelaki warga Indonesia, Yussuf Bahtiar dan Agong Laksono.

Terdahulu mereka tiba di mahkamah diiringi sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang kira-kira jam 8.30 pagi.



Semua tertuduh berusia 29 hingga 41 tahun terbabit hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa namun tiada pengakuan direkodkan dalam prosiding di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menculik mangsa yang berusia 36 tahun dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM540,000 di sebuah unit Pangsapuri Sri Aman, Paya Terubong di sini, kira-kira jam 7 pagi pada 7 September lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Akta 365) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun sehingga maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Darrshini S Murgan manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Chiang Kian Hong.

Tiada jaminan dibenarkan kerana kesalahan itu tidak boleh diikat jamin dengan mahkamah kemudian menetapkan 11 Disember ini bagi tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pada 22 September lalu, media melaporkan seorang wanita melalui detik menakutkan apabila diculik, dikurung dan diseksa selama 10 hari di sebuah rumah angkara suaminya yang dikatakan tidak membayar hutang.



Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin dilaporkan berkata, seorang lelaki Indonesia membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Selangor, mendakwa isterinya yang sedang bercuti di Georgetown, diculik sekumpulan individu tidak dikenali.

Sembilan didakwa culik isteri kontraktor tuntut tebusan RM540,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading