‘Semuanya musnah sekelip mata’, rintih Mohd Akram [VIDEO]

‘Semuanya musnah sekelip mata’, rintih Mohd Akram

'Semuanya musnah sekelip mata', rintih Mohd Akram
Deretan rumah kedai di Kampung Sungai Korok, Jitra yang terbakar dalam kebakaran awal pagi tadi. – Foto NSTP/Ihsan Bomba.

JITRA: “Semuanya musnah sekelip mata,” kata Mohd Akram Mohd Johari, 31, selepas kedai runcit diusahakan bersama adiknya, Mohd Aslam, 22, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi, kedai runcit itu antara 15 rumah kedai kelas B di Kampung Sungai Korok, di sini yang musnah dalam kebakaran.

Mohd Akram berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan orang ramai yang datang ke rumahnya tidak jauh dari kawasan lokasi kejadian.



Katanya, dia bergegas ke tempat kejadian tetapi kedai runcitnya tidak dapat diselamatkan.

“Memang sedih tengok kedai runcit diusahakan sejak dua tahun lalu musnah kerana barang-barang dalam kedai banyak, semuanya terbakar tapi belum tahu jumlah kerugian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  



 



“Sebelah kedai kami, kedai motosikal manakala yang lain kebanyakannya kediaman penduduk tetapi semuanya sempat keluar menyelamatkan diri ketika kejadian,” katanya.

Mohd Akram berkata, kedai runcitnya beroperasi pada jam 8 pagi sehingga 7.30 malam setiap hari namun pada waktu kejadian tiada siapa di situ.

Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku walaupun terjejas mata pencarian selepas semuanya semuanya musnah sekelip mata.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin, berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu.



Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.25 pagi dan sepasukan anggotanya seramai 10 orang dari BBP Jitra tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian.

'Semuanya musnah sekelip mata', rintih Mohd Akram
Deretan rumah kedai di Kampung Sungai Korok, Jitra yang terbakar dalam kebakaran awal pagi tadi. – Foto NSTP/Ihsan Bomba.

Katanya, operasi turut dibantu 60 anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ayer Hitam, Tunjang, Kilang Tebu, Simpang Empat, Padang Sera, Kundur, Kuala Kedah, Kampung Berjaya, Kota Sarang Semut, Mergong dan Kodiang.

“Api berjaya dikawal pada jam 3.20 pagi dan dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan ketika ini.

“Anggaran keseluruhan kawasan yang terbakar adalah 70 peratus, punca serta kerugian dalam siasatan,” katanya.



‘Semuanya musnah sekelip mata’, rintih Mohd Akram


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button