Dato’ M. Nasir Ubat Kerinduan Peminat Dengan Single Terbaru MUNAJAT

Ost Filem ‘Imam’

Dato’ M. Nasir Ubat Kerinduan Peminat Dengan Single Terbaru MUNAJAT

Munajat adalah single terbaru Dato’ M.Nasir yang dinanti- nantikan setelah sekian lama sejak album terakhir beliau ‘Sang Pencinta’.

OST Filem Imam

Single Munajat terbitan Luncai Emas Sdn Bhd , ciptaan sepenuhnya oleh Dato’ M.Nasir adalah juga lagu OST filem ‘Imam’ yang beliau bintangi sebagai watak utama .



Beliau terkenal dengan watak-watak ikonik seperti Bujang dalam filem Kembara Seniman Jalanan, Desa dalam filem Balada, dan yang paling diingati ramai, Hang Tuah dalam Puteri Gunung Ledang.

Kali ini beliau memegang watak seorang Imam.

Barisan Pelakon Hebat

Dato’ M. Nasir Ubat Kerinduan Peminat Dengan Single Terbaru MUNAJAT
via Luncai Emas

Filem ‘Imam’ terbitan Al- Kahfi Pictures Sdn Bhd arahan Mior Hashim Manap  adalah sebuah adaptasi karya agung Sasterawan Negara iaitu Dato Abdullah Hussain yang turut dibintangi oleh Vanida Imran dan Faizal Hussein.



Jalan cerita filem ‘Imam’ mengikuti kepulangan Imam Haji Mihad (dilakonkan oleh Dato’ M.Nasir) ke kampungnya, Kampung Anggrik Desa, setelah lama menghilangkan diri.

Setelah dilantik oleh penduduk kampung untuk menjadi Imam baharu menggantikan Imam tua, Haji Abdul Rahman, beliau berusaha untuk membawa pambaharuan kepada masjid tersebut namun usahanya ditemui dengan tentangan dari penduduk yang masih jumud.

Mengubati Kerinduan

“Munajat’’ secara umum membawa maksud doa atau rintihan hati, selalunya dalam bentuk zikir yang bertujuan untuk merayu dan meminta keredhaan Tuhan Yang Maha Esa iaitu tujuan sebenar seorang Muslim.

Luncai Emas berharap single ini dapat mengubati rindu para peminat M.Nasir yang sekian lama menanti buah tangan baru dari beliau.

Single ini telah dilancarkan di semua saluran digital dan muzik videonya di saluran YouTube Luncai Emas pada Jumaat 10 Februari 2023 manakala filem IMAM bakal ditayangkan di semua pawagam pada 2 Mac 2023.



PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

Dato’ M. Nasir Ubat Kerinduan Peminat Dengan Single Terbaru MUNAJAT


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading