TM turunkan harga pakej jalur lebar Unifi

TM turunkan harga pakej jalur lebar Unifi

TM turunkan harga pakej jalur lebar Unifi
ANAND Vijayan memberi penerangan pakej jalur lebar Unifi baharu di Menara TM. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Bhd (TM) memperkenalkan pakej jalur lebar Unifi baharu, menawarkan kemampuan lebih tinggi melalui pengurangan harga yang ketara, perkhidmatan gaya hidup tertumpu nilai tambah dan penyelesaian perniagaan bersepadu.

Syarikat telekomunikasi itu menjelaskan pakej baharu Unifi itu bertujuan menambah baik pengalaman pelanggan kepada Internet baharu 100 megabit sesaat (Mbps), yang memberikan pengalaman pengguna terbaik seiring dengan corak penggunaan kebanyakan isi rumah di Malaysia.

TM mengumumkan penurunan harga ketara bagi pelan Unifi 100 Mbps kepada RM99 sebulan, untuk masa terhad sahaja, setanding dengan pelan 30Mbps sebelum ini pada RM89 sebulan – untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia boleh memanfaatkan kelajuan Internet yang lebih tinggi pada harga lebih rendah.



Semua pelanggan Unifi yang layak akan dinaik taraf secara automatik kepada kelajuan internet yang lebih tinggi tanpa sebarang obligasi dan kontrak semula perkhidmatan tidak diperlukan.

Peningkatan kelajuan percuma itu akan dilaksanakan bagi pelanggan Unifi yang layak, membuktikan komitmen TM untuk memberikan kelajuan lebih tinggi pada harga lebih rendah kepada semua segmen pelanggan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Akan Di Heret Ke Mahkamah Pada 18 Januari 2024




Peralihan itu dijangka secara berperingkat mulai kini hingga Januari 2024.

Naib Presiden Eksekutif Unifi, Anand Vijayan berkata, Unifi juga akan menawarkan pelan jalur lebar berkelajuan tinggi 100Mbps tertumpu yang digabungkan dengan pelan data mudah alih UNI5G Pascabayar Tanpa Had 5G+4G Unifi – memberikan pengalaman sambungan terbaik di mana-mana, pada bila-bila masa, dan tersedia melalui kontrak tiga tahun.

Beliau berkata, tawaran baharu itu turut disertakan dengan telefon pintar 5G percuma – membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima guna dan menikmati keupayaan 5G dengan mudah dalam menangani kebimbangan mengenai kemampuan peranti yang boleh 5G.

Dalam memperkasakan keterangkuman digital merentas semua segmen masyarakat katanya, Unifi akan terus menawarkan Pakej Rahmah Unifi untuk kumpulan pelanggan utama dan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, termasuk warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), komuniti B40 dan veteran.



TM turunkan harga pakej jalur lebar Unifi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

­­­PAS sedar Mahathir dibenci , tidak popular , lalu nafikan Mahathir calon Kemaman.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button