Shell tawar koleksi Star Wars Racer

Shell tawar koleksi Star Wars Racer

Shell tawar koleksi Star Wars Racer
Lee Ming menunjukkan koleksi Star Wars Racer.

Petaling Jaya: Shell Malaysia memperkenalkan koleksi kereta kawalan jauh eksklusif menerusi kerjasama dengan The Walt Disney Company Southeast Asia.

Pengurus Besar Mobiliti Malaysia Shell, Seow Lee Ming berkata, ia adalah kerjasama pertama di dunia yang diinspirasikan daripada beberapa watak Star Wars dan menggabungkan inovasi Shell V-Power bagi mencipta koleksi Star Wars Racer.

“Setahun lalu kami memperkenalkan koleksi Motorsport dan sememangnya edisi terhad tahunan yang kami tawarkan menerima sambutan menggalakkan.



“Edisi kali ini juga dalam bentuk kereta kawalan jauh dan versi digital di Shell Racing App yang disertakan kawalan Bluetooth serta bateri pintar untuk pengalaman perlumbaan unik bertemakan pengembaraan antara galaksi yang mendebarkan,” katanya.

Bermula esok sehingga 19 November, satu model kereta kawalan jauh akan dikeluarkan setiap minggu di stesen minyak Shell di seluruh negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Akan Di Heret Ke Mahkamah Pada 18 Januari 2024




Ia terdiri daripada enam koleksi edisi terhad iaitu Darth Vader Racer, Stormtrooper Racer, Darth Maul Racer, The Mandalorian Racer, Boba Fett Racer dan BB-8 Racer.

Star Wars Racer kecuali Darth Vader boleh didapati pada harga RM49.90 dengan pembelian bahan api minimun RM50 dalam satu resit untuk Shell FuelSave 95, V-Power 97 atau Power Racing.

Darth Vader Racer hanya boleh didapati secara percuma dengan pembelian Shell Helix Ultra/Power 4L di stesen Minyak Shell.

Bateri Bluetooth dijual pada harga RM30 dan peti koleksi boleh didapati pada harga RM89.90 dengan pembelian RM80 Shell V-Power Racing dalam satu resit.



Shell tawar koleksi Star Wars Racer


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

­­­PAS sedar Mahathir dibenci , tidak popular , lalu nafikan Mahathir calon Kemaman.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading