Najis zirafah untuk dibuat rantai

Najis zirafah untuk dibuat rantai

Najis zirafah untuk dibuat rantai
NAJIS zirafah dirampas daripada bagasi wanita di AS. FOTO Kastam dan Perlindungan Sempadan AS.

Washington: Pegawai kastam di sebuah lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) merampas kotak berisi najis zirafah selepas pemiliknya membawa masuk ke negara itu untuk membuat rantai.

Kastam dan Perlindungan Sempadan AS berkata, wanita berkenaan mengisytihar kotak kecil berisi bahan itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Minneapolis-Saint Paul, Minnesota dari Kenya pada 29 September lalu.

Dia memberitahu pegawai yang najis itu diambilnya di Kenya, sebelum membawa pulang dan dan mengisi ke dalam bagasi, bertujuan untuk dibuat rantai.



Wanita dari Iowa itu turut mendedahkan, sebelum ini dia pernah menghasilkan rantai dengan najis moose, spesies rusa.

Menurut Radio Awam Minnesota, najis zirafah boleh dibawa ke AS dengan permit dan pemeriksaan yang sepatutnya.

Stesen itu melaporkan, wanita berkenaan tidak dikenakan sekatan kerana dia mengisytihar najis dan menyerahkannya kepada kastam.

Pakar pertanian agensi itu kemudiannya memusnahkan najis zirafah terbabit.



Sementara itu, Pengarah Lapangan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, LaFonda D Sutton-Burke berkata, terdapat risiko jangkitan jika membawa masuk najis binatang ke negara itu.

“Jika orang membawa barang ini memasuki AS dan tidak mengisytiharkannya, kemungkinan besar seseorang itu boleh dijangkiti penyakit dan mengalami masalah kesihatan serius,” katanya.

Najis zirafah untuk dibuat rantai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading