Perluas tawaran inisiatif perlindungan takaful berpatutan kepada B40, M40 – MTA

Perluas tawaran inisiatif perlindungan takaful berpatutan kepada B40, M40 – MTA

Perluas tawaran inisiatif perlindungan takaful berpatutan kepada B40, M40 - MTA
FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Persatuan Takaful Malaysia (MTA) berharap kerajaan dapat memperluas lagi tawaran inisiatif pelan perlindungan takaful yang berpatutan dan bersesuaian kepada golongan B40 dan M40 dalam Belanjawan 2024.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Radzuan Mohamed berkata, terdapat jurang perlindungan dalam segmen ini yang perlu diberi perhatian selepas pandemik Covid-19.

“Masih ada lagi jurang perlindungan untuk sesetengah segmen tertentu dan mereka ini terdiri daripada kumpulan B3 dan B4 daripada B40, juga dari M1 dan M2 daripada M40 yang begitu terkesan dengan Covid-19 dan perlu dibantu dari segi perlindungan takaful.



“Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan pekerja gig dan ibu bapa muda, dan sekiranya mereka terbabit dalam kemalangan, mereka akan kehilangan punca pendapatan dan perlu perlindungan yang bersesuaian dengan harga mampu milik,” katanya kepada Bernama.

Ambang pendapatan bagi kumpulan B3 ialah RM3,171 hingga RM3,970, dan B4 pula sebanyak RM3,971 hingga RM4,850.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?




Ambang pendapatan bagi kumpulan M1 ialah sebanyak RM4,851 hingga RM5,880, dan M2 pada RM5,881 hingga RM7,100.

Sebelum ini, pada 2017, kerajaan terdahulu ada memperkenalkan inisiatif pelan perlindungan takaful untuk kumpulan berpendapatan rendah dikenali sebagai Perlindungan Tenang yang ditawarkan oleh sembilan pengendali takaful merangkumi manfaat kematian, hilang upaya kekal, perbelanjaan perubatan, penyakit kritikal serta badal haji.

Selain itu Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) menerusi kerjasama dengan penyedia insurans dan takaful juga dilancarkan pada 30 September 2021, dengan tawaran baucar sebanyak RM75 untuk membantu pembelian pelan berkenaan.

Namun PTV tidak lagi diteruskan kerana kadar tuntutan bagi skim perlindungan sosial terlalu sedikit iaitu hanya 490 individu atau 0.01 peratus yang mendapat manfaat program itu berbanding peruntukan RM354 juta yang disediakan.



Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Khoo Ai Lin berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan secukupnya untuk menyokong Perlindungan Tenang.

“Kami berharap mendapatkan bajet untuk menyokong Perlindungan Tenang dalam bentuk lain atau insentif supaya kita semua secara kolektif dapat mencapai kadar penembusan insurans 75 peratus di Malaysia,” katanya.

Perluas tawaran inisiatif perlindungan takaful berpatutan kepada B40, M40 – MTA


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading