Hanis Zalikha Buat Roti Tapi lain Pula Yang Netizen Nampak? – [VIDEO]
“Lain Macam Dia Punya…”
Hanis Zalikha Buat Roti Tapi lain Pula Yang Netizen Nampak? – [VIDEO]
Siapa yang tidak kenal dengan Hanis Zalikha Zainal Rashid, atau lebih dikenali sebagai Hanis Zalikha yang merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara wanita di Malaysia.Hanis Zalikha merupakan anak kedua dari tujuh beradik yang memulakan kerjayanya pada tahun 2008 dalam dunia peragaan. kemudian namanya melonjak naik selepas menyertai beberapa rancangan realiti televisyen sehingga ketika itu pencarian namanya di google mengatasi penyanyi no 1 Malaysia iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza.
Selepas dari itu, Hanis Zalikha telah berlakon lebih dari 20 filem serta drama sebelum mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti dalam bidang hiburan. Hanis Zalikha telah berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Hairul Azreen dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
“Nak Resepi Roti Tu Please!”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hanis Zalikha yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta, tanda suka sebanyak 101 ribu dan hampir 3 ratus komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Hanis Zalikha yang sedang membuat roti dan berikan kepingan yang telah siap kepada suami dan anak-anaknya untuk merasa hasil air tangannya itu.
@haniszalikha Buat roti
Rata-rata netizen terpegun melihat pisau pemotong roti yang dimiliki Hanis Zalikha itu. Ada juga diantara mereka yang mengatakan bahawa, baru pertama kali melihat pisau pemotong roti yang sebegitu kerana seakan gergaji .
“Gergaji ke tu? first time tengok machine macam tu”
“Aku sorang je ke yang terkejut tengok pisau roti dia”
“Terkejut kita masa dia potong roti tu”
Sememangnya pisau sebegitu ada jual dipasaran sekarang in,i kerana ianya dapat memudahkan untuk memotong roti yang keras. Apa-apa pun, semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Hanis Zalikha Buat Roti Tapi lain Pula Yang Netizen Nampak? – [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Perang saudara’ BERSATU, Cytro Peja ‘Takut’ Che’gu Bard
- Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD?
- Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?
- Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gebang PAS Dalam Isu Palestin
- ‘Teori Domino’ Syed Imran
- BERSATU berantakan, Faizal Azumu pilih siapa?