Ameera Khan Dikecam Tidak Sensitif Nasib Palestin
Dituduh Bangga Tayang Gambar Produk Pro-Israel
Ameera Khan Dikecam Tidak Sensitif Nasib Palestin
Umum mengetahui bahawa seluruh dunia terutama negara-negara Islam perlu terus memboikot produk dan syarikat-syarikat yang menyumbang dan menyokong jenayah perang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
Bahkan, dunia perlu bersatu dan memberi harapan kepada Palestin bahawa kesengsaraan berterusan selama 75 tahun akibat dari kekejaman rejim Zionis akan dihentikan.
Bagaimanapun, baru-baru ini pensohor media sosial yang juga adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan dikecam netizen kerana dengan bangga menayang serta mempromosikan produk kosmetik pro-Israel, Dior dalam Instagram miliknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Ameera, gadis berusia 22 tahun itu mempamerkan koleksi terbaharu daripada Dior Beauty merangkumi beberapa alat solek seperti gincu bibir, pembayang mata, bedak serta minyak wangi.
“Blooming,” tulis Ameera.
Perkongsian Ameera itu sekali gus menyebabkan pengikutnya kecewa dengan tindakannya dan menganggap Ameera seolah-olah tidak peduli tentang isu yang berlaku di Palestin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi
- Selepas Serangan Kepada UMNO Gagal, PAS Cuba Serang DAP
- Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?
Malah, ada juga yang beranggapan Ameera tidak sensitif pada saat seluruh rakyat Malaysia mula melancarkan serangan memboikot produk yang ada kaitan dengan rejim Zionis tersebut.
“Sekarang bukan masanya. Tolong jadi sensitif sikit,” tegur seorang pengguna Instagram.
“Tolong berhenti menggunakan produk yang menyokong kekejaman Israel,” kata seorang lagi pengikutnya.
“Saya peminat awak Ameera. Tapi apa yang sudah awak lakukan? Dengan menyokong Israel,”kata seorang lagi pengikutnya.
Semalam, heboh dalam media sosial apabila model terkenal antarabangsa berdarah Palestin, Bella Hadid dipecat serta-merta sebagai duta bagi produk jenama mewah Dior kerana kelantangannya bersuara membela nasib penduduk Palestin.
Selepas dipecat, Dior memperkenalkan duta terbaharu mereka, May Tager yang juga merupakan seorang model tidak terkenal kelahiran Israel.
Berita pemecatan model berusia 27 tahun itu yang tersebar luas menarik perhatian masyarakat seluruh dunia apabila orang ramai mula melancarkan kempen memboikot jenama tersebut dengan menggunakan tanda pagar #BoycottDior dalam media sosial.
“Jika kamu ingin ‘menghidu’ kematian, pakailah barangan Dior. #BoycottDior,” tulis seorang pengguna aplikasi X.
“Boikot Dior! Jenama itu telah menggantikan Bella Hadid yang memiliki 60 juta pengikut dalam media sosial, dengan seorang model Israel yang tidak dikenali,” tulis seorang lagi pengguna aplikasi X.
“Boikot Dior kerana jenama itu menyokong pembunuhan beramai-ramai di Gaza,” tulis seorang netizen.
Ameera Khan Dikecam Tidak Sensitif Nasib Palestin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal