Neelofa Kini Terbuka Hati Tamatkan Perang Dingin Dengan Fazura

Bergaduh Dari Awal Pembabitan Industri

Neelofa Kini Terbuka Hati Tamatkan Perang Dingin Dengan Fazura

Neelofa Kini Terbuka Hati Tamatkan Perang Dingin Dengan Fazura
Neelofa Kini Terbuka Hati Tamatkan Perang Dingin Dengan Fazura

Siapa tidak kenal figura cantik, bijak dan berjaya, kata orang selebriti terkenal Noor Neelofa ini memiliki pakej yang lengkap untuk dijadikan idola.

Mula dikenali sebagai peragawati selepas memenangi pertandingan Dewi Remaja tahun 2010, rezeki Neelofa berkembang selepas dia diambil sebagai pelakon utama filem ‘Azura 2012’, walaupun pada ketika itu bakatnya sebagai pelakon filem belum benar-benar teruji.

Selepas lebih satu dekad, perjalanan nama Neelofa sering terpalit dengan pelbagai kontroversi hangat dan mengundang kecaman sama ada berkait dengan hubungan sesama selebriti mahupun isu kekeluargaan.



Berbahas soal ini, baru-baru ini nama selebriti sensasi Neelofa sekali lagi meniti di setiap bibir para pencinta hiburan apabila Neelofa sendiri meluahkan hasrat ingin menamatkan ‘perang dingin’ antaranya dengan Fazura yang sudah berlanjutan berbelas tahun panjangnya.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor berkata, sudah sampai waktunya persengketaan antara mereka berdua ditamatkan demi kehidupan yang lebih harmoni.

Neelofa Kini Terbuka Hati Tamatkan Perang Dingin Dengan Fazura

 



“Saya rasa persengketaan ini perlu ditamatkan kerana sudah berlarutan berbelas tahun.

“Takkan saya hendak tunggu berpuluh tahun lagi untuk lakukan sesuatu.

“Jika diberikan peluang dan ruang untuk berdamai, saya akan sambut dengan hati terbuka. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya itu menyifatkan perseteruan melibatkan dirinya dengan Fazura adalah disebabkan campur tangan orang luar.



Sehubungan itu, dia bersedia untuk bersemuka dengan wanita itu dan ibarat kata pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih.

“Saya nampak dia tidak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya.

“Kadang-kala orang luar yang tiada kaitan dengan hidup kami pula yang berlebih-lebihan.

“Jika kedua-dua belah pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa akan beri kesan baik kepada peminat masing-masing,” katanya.



Neelofa juga berkata, dia sudah letih berhadapan dengan kemelut yang seakan-akan tiada kesudahan.

Selain itu juga katanya, dia mahu menjalani hidup seperti biasa.

“Kalau asyik diapi-apikan lagi, saya pun tidak larat untuk lalui.

“Saya pun dah letih nak menghadapi perkara sama kerana mahu teruskan hidup seperti biasa



“Dua-dua pun mahu teruskan hidup, buat bisnes dan sebagainya. ” ujarnya.

Sekadar info, kemelut kedua-dua selebriti popular itu tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri.

Baru-baru ini, seorang individu dipercayai peminat tegar Neelofa didakwa menyindir Fazura dengan mendakwanya membuka tudung dan berhibur di sebuah pusat hiburan di Jakarta, Indonesia.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading