FC II dicabar cipta kejutan di pentas final
FC II dicabar cipta kejutan di pentas final
PENGENDALI skuad Terengganu FC (TFC II), Hairuddin Omar mencabar anak-anak buahnya untuk mencipta kejutan ke atas Johor Darul Ta’zim II (JDT II) menjelang aksi final Piala MFL di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam ini.
Kata Hairuddin, kualiti yang ada pada skuad muda Harimau Selatan sememangnya sudah dijangka selain difahamkan beberapa tonggak skuad utama Liga Super JDT turut bakal diturunkan nanti.
“Kita memang dah jangkakan perkara ini, JDT pasti turunkan pasukan terkuat, namun saya memberi penekanan kepada pemain agar kekal tenang sekiranya berhasrat untuk melakar kemenangan.
“Kita tidak perlu terlalu fikirkan tentang keupayaan pasukan lawan meskipun saya difahamkan, beberapa pemain utama mereka daripada skuad Liga Super turut beraksi nanti.
“Barisan pemain saya akan anggap ini sebagai cabaran dan tidak perlu gentar kerana apa sahaja boleh berlaku sepanjang perlawanan,” katanya pada sidang akhbar semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi
- Selepas Serangan Kepada UMNO Gagal, PAS Cuba Serang DAP
- Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?
Sementara itu, bekas penyerang kebangsaan itu turut resah apabila beberapa tonggak utama pasukan seperti Syahmi Zamri, Ubaidullah Shamsul dan pemain import, Jordan Mintah belum cergas sepenuhnya.
“Mintah ada maklumkan bahawa dia mengalami sedikit kecederaan tetapi tidak serius dan masih perlu dipantau.
“Situasi Syahmi dan Ubaidullah pula sedikit berbeza kerana mereka baru sahaja pulang daripada tugasan bersama TFC pada aksi Piala AFC di Filipina kelmarin dan risau belum pulih daripada kecergasan sepenuhnya,” katanya.
FC II dicabar cipta kejutan di pentas final
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia