Pasangan tunang maut motosikal dilanggar kereta dipandu remaja 16 tahun

Pasangan tunang maut motosikal dilanggar kereta dipandu remaja 16 tahun

Pasangan tunang maut motosikal dilanggar kereta dipandu remaja 16 tahun
Keadaan motosikal yang ditunggangi dua individu dipercayai pasangan tunang yang maut selepas dilanggar pemandu kereta berusia 16 tahun dalam kemalangan di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, awal pagi tadi. NSTP/Ihsan media sosial.

BUKIT MERTAJAM: Dua individu dipercayai pasangan tunang maut selepas motosikal ditunggangi mereka berdua dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Kilometer (KM) 1.9, Jambatan Pulau Pinang menghala arah Perai, di sini, awal pagi tadi.

Nahas kira-kira jam 2.30 pagi itu dikatakan berlaku apabila kereta dipandu remaja berkenaan melanggar belakang sebuah lori sebelum kenderaannya hilang kawalan dan merempuh motosikal ditunggangi pasangan tunang terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata impak kemalangan itu menyebabkan dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita berusia awal 20-an maut di lokasi kejadian.



“Pemandu kereta cedera ringan manakala pemandu lori tidak cedera. Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila remaja lelaki warga tempatan yang datang dari arah Pulau menuju Perai disyaki telah melanggar bahagian belakang sebuah lori.

“Susulan pelanggaran itu, kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar motosikal yang ditunggang lelaki dan pembonceng wanita warga tempatan yang menyebabkan kedua-duanya parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Agenda Sebenar MP Perikatan Nasional Menyokong Kerajaan




Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat.Cheng San berkata, pemandu kereta direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan. Maklumat boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Sufi Abd Razak di talian 013-4774542 atau 04-5382222,” katanya.

Pasangan tunang maut motosikal dilanggar kereta dipandu remaja 16 tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button