[REVIEW] Huawei Watch GT 4, Hayat Bateri Bertahan Sampai 2 Minggu

[REVIEW] Huawei Watch GT 4, Hayat Bateri Bertahan Sampai 2 Minggu

[REVIEW] Huawei Watch GT 4, Hayat Bateri Bertahan Sampai 2 Minggu
[REVIEW] Huawei Watch GT 4, Hayat Bateri Bertahan Sampai 2 Minggu

Nampaknya, jam tangan pintar semakin menjadi trend di kalangan penggemar gajet. Selain daripada reka bentuknya yang ringkas, peranti ini mampu menyokong aktiviti anda. Anda boleh memilih pelbagai jenama gajet. Salah satunya ialah Huawei Watch GT 4.

Huawei Watch GT 4 sendiri baru sahaja dilancarkan pada Oktober 2023 di Malaysia. Produk jam tangan pintar terbaru ini juga telah menjadi hadiah istimewa buat Atlet Sukan Asia 2022.

Jadi, mesti ramai nak tahu apakah keunikan peranti terbaharu Huawei ini kan?. Jom baca review ini.



Huawei Watch GT 4 ini menawarkan dua jenis saiz iaitu 41 mm dan 46 mm. Kedua-duanya mempunyai keunikan tersendiri. Saiz 41 mm dinamakan Floating Pearlkerana bentuk bulat unik skrin di bahagian tengah memberi kesan terapung.

Sementara itu, jenis 46 mm dipanggil Dail Oktagonal. Nama itu sepadan dengan bentuk heksagonnya. Jenis ini paling mirip dengan bentuk jam tangan dari jenama mewah. Produk ini mempunyai empat varian warna iaitu hitam, coklat, hijau dan kelabu.

[REVIEW] Huawei Watch GT 4, Hayat Bateri Bertahan Sampai 2 MingguHuawei Watch GT 4 juga menggunakan tali hibrid. Ini bermakna bahagian luar kelihatan seperti diperbuat daripada bahan kain. Manakala bahagian yang terdedah kepada kulit pula diperbuat daripada silikon.

Sebelum itu, jom tengok video UNBOXING Huawei Watch GT 4 dulu.





Skrin Huawei Watch GT4 menggunakan panel AMOLED dan menggunakan kecerahan automatik. Jadi, skrin boleh menjadi malap atau sangat terang bergantung pada keadaan bilik yang anda berada. Supaya skrin tidak cepat rosak.

[REVIEW] Huawei Watch GT 4, Hayat Bateri Bertahan Sampai 2 Minggu 

Untuk hayat bateri, kebiasaanya jama tangan pintar hanya bertahan sehingga 9 jam jadi anda perlu mengecasnya beberapa kali. Namun, kali ini berbeza dengan Huawei Watch GT 4. Untuk jenis 46 mm, ia boleh bertahan dua minggu untuk kegunaan harian biasa. Ini disebabkan apasiti bateri yang mencapai 524 mAh. Agak besar kan?

[REVIEW] Huawei Watch GT 4, Hayat Bateri Bertahan Sampai 2 Minggu 



Ciri kesihatan Huawei Watch GT 4 bukan sahaja lengkap, malah tepat juga tau. Peranti ini disokong oleh beberapa sensor lengkap yang boleh memantau kesihatan dan mengawal senaman.

 

Ciri baharu di sini termasuk Huawei TruSeen 5.5+, kualiti tidur dan pemantauan kesihatan khusus untuk wanita. Malah, terdapat penderia lanjutan, seperti ciri yang menjejaki denyutan yang tidak teratur dan mengukur suhu badan.

 



Itu ulasan Huawei Watch GT 4. Jadi, adakah anda pasti atau berminat untuk membelinya? Harga bermula dari RM1,099 dan pembelian boleh dibuat di  Huawei.

[REVIEW] Huawei Watch GT 4, Hayat Bateri Bertahan Sampai 2 Minggu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes Pembunuhan Altantuya: Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button