Euro 2024: Itali sukar pertahan gelaran

Euro 2024: Itali sukar pertahan gelaran

Euro 2024: Itali sukar pertahan gelaran
ITALI diundi dalam kumpulan yang dianggap sukar sekali gus merisikokan peluang mereka untuk mempertahankan kejuaraan Euro. – AFP

HAMBURG – Juara bertahan, Itali diundi dalam ‘kumpulan maut’ bersama bekas juara dunia 2010, Sepanyol dan pasukan tempat ketiga Piala Dunia 2022, Croatia dalam Kumpulan B Kejohanan Euro 2024 di Jerman tahun depan.

Situasi itu dilihat tidak menjamin tiket mudah ke peringkat seterusnya kerana The Azzurri tewas dua aksi terakhir bertemu Sepanyol, manakala masih gagal mencatat kemenangan ke atas Croatia sepanjang lima pertemuan antara mereka.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pasukan itu termasuk Itali dijangka tiada masalah untuk merakam kemenangan ke atas wakil terakhir dalam saingan Kumpulan B iaitu Albania.



“Para pemain sama sekali tidak boleh lupa bahawa mereka beraksi mewakili Itali. Jadi mereka perlu turun bermain dengan penuh bermaruah dalam setiap perlawanan,” kata ketua jurulatih Itali, Luciano Spalletti.

Sementara itu, England yang tewas menerusi sepakan penalti kepada Itali pada final Euro 2020 di Wembley, dijangka tiada masalah mengungguli Kumpulan C selepas diundi bersama Slovenia, Denmark dan Serbia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?


“Atas kertas anda boleh berkata apa sahaja tetapi semua pasukan mempunyai cabaran tersendiri. Cumanya saya sedikit lega kerana dapat mengelak daripada bertemu lawan-lawan yang lebih sukar,” kata pengurus England, Gareth Southgate.

Tuan rumah, Jerman juga berdepan tugasan mencabar kerana berdepan lawan-lawan ‘liat’ seperti Hungary, Scotland dan Switzerland dalam Kumpulan A pada kejohanan yang akan berlangsung di 10 bandar bermula 14 Jun 2024.



Juara dunia 2018, Perancis akan berentap dengan Belanda, Austria dan pemenang playoff antara Wales, Finland, Estonia atau Poland dalam Kumpulan D.

Kumpulan E menyaksikan Belgium, Slovakia, Romania dan pemenang playoff antara Bosnia-Herzegovina, Ukraine, Israel atau Iceland, manakala Kumpulan F melibatkan Portugal, Turkey, Republik Czech dan juara playoff antara Georgia, Luxembourg, Kazakhstan atau Greece. – AGENSI

Euro 2024: Itali sukar pertahan gelaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker