Mampu tingkat keluaran boba 300 tan sebulan
Mampu tingkat keluaran boba 300 tan sebulan

LOOB Holding, pemilik jenama teh gaya hidup Tealive yakin kilang penghasilan boba atau bebola mutiara berasaskan ubi kayu yang dibukanya di sini, baru-baru ini dapat meningkatkan pengeluaran bahan itu sehingga 300 tan sebulan.
Pengasas dan Ketua Eksekutif Loob, Bryan Loo berkata, ia bagi memastikan bekalan untuk bahan minuman Tealive mencukupi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
“Kapasiti pengeluaran kilang kami adalah sebanyak 400 tan (boba) sebulan. Ketika ini, kami hanya menghasilkan kira-kira 100 tan (boba) sebulan.
“Namun, pada akhir tahun, kami berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran menjadi tiga kali ganda, iaitu 300 tan (boba) sebulan,” katanya ketika sesi lawatan media di kilang itu, baru-baru ini
Loo berkata, kilang itu juga akan memperluas variasi pengeluarannya, pada tahun depan, untuk menghasilkan bahan-bahan Tealive yang lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Khairy Jamaluddin bodoh, cuba provokasi guna foto ‘super impose’
- Masih tiada keadilan buat Najib Razak
- “Pemimpin Perikatan Nasional kata syarat ketat” – Syed Abu Hussin
Beliau berkata, ia bagi penyediaan rangkaian minuman Tealive yang popular.
Selain itu berkata, kilang milik Loob itu juga akan mula mengeksport boba atau bebola mutiara berasaskan ubi kayu itu pada tahun depan, bermula dengan pasaran Filipina.
“Ia memandangkan pasaran Tealive di negara berkenaan sudah kukuh,” katanya.
Menurutnya, kilang bebola mutiara ubi kayu itu adalah langkah berani dan menunjukkan dedikasi Tealive untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan pada sama, kejayaan inovasi dalam segmen minuman.
“Misi Tealive adalah untuk mencipta pengalaman terbaik bagi semua pelanggan melalui minuman berkualiti tinggi, dengan campuran bebola mutiara. Pembinaan kilang bebola mutiara ubi kayu ini sejajar dengan usaha kami untuk mencapai kecemerlangan.
“Dengan mengawal keseluruhan proses pengeluaran, dari mendapatkan bahan terbaik hingga pengeluaran bebola mutiara ubi kayu istimewa kami, Tealive memastikan bahawa setiap minuman kami mencerminkan kesempurnaan kualiti dan rasa,” katanya.
Dalam pada itu, Loo berkata, pihaknya akan meneruskan pelaburan selanjutnya seperti pemasangan teknologi pembungkusan automatik sepenuhnya pada tahun depan.
Mampu tingkat keluaran boba 300 tan sebulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemenangan Besar PRK Kemaman Bakal Lenyapkan Legasi Nik Aziz Dalam PAS
- Sudah Sampai Masanya Hamzah Serahkan Jawatan Ketua Pembangkang Kepada Dr Sam
- Warga Israel Merayu Supaya Kerajaan Israel Membawa Pulang Mayat Keluarga Mereka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :