Malaysia kenduri gol belasah Chile 7-1

Malaysia kenduri gol belasah Chile 7-1

Malaysia kenduri gol belasah Chile 7-1
DANISH Aiman mempamerkan permainan terbaiknya apabila meledak satu gol membantu Malaysia menewaskan Chile 7-1 pada aksi Piala Dunia Hoki Remaja di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak menunggu lama untuk mempamer belang sebenar apabila membelasah Chile 7-1 pada aksi pertama Kumpulan A kempen Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Kemenangan besar itu membuktikan skuad Young Tigers sememangnya sudah bersedia sebaik mungkin untuk menghadapi pentas berprestij bawah 21 tahun tersebut dalam misi pertama melangkah ke peringkat suku akhir.

Apa tidaknya, skuad bimbingan Muhamad Amin Rahim itu berjaya membuka tirai jaringan seawal suku masa pertama menerusi pukulan sudut penalti Mohammad Harris Iskandar Osman pada minit ke-14.



Malaysia berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-23 melalui jaringan padang menarik hasil pukulan reverse daripada Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Chile yang dibimbing Matias Amoroso berjaya merapatkan jurang kepada 2-1 hasil pukulan sudut penalti Mateo Perret berselang tiga minit kemudian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?



Malaysia kenduri gol belasah Chile 7-1
SHAHMIE berjaya meledak dua gol buat Malaysia dalam kemenangan 7-1 ke atas Chile pada aksi Piala Dunia Hoki Remaja di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia bangkit dengan lebih garang dan meraih dua gol pantas dalam tempoh tiga minit menerusi pukulan sudut penalti disempurnakan Andywalfian Jeffrynus dan Azmilmuizzuddin Misron pada minit ke-36 serta 39.

Barisan pemain terus ‘bernafsu’ memburu jaringan seterusnya dan berjaya menambah dua lagi gol menjadikan kedudukan 6-1 menerusi Mohamad Shamir Rizmi Shamsul dan Shahmie Irfan Suhaimi pada minit ke-41 serta 47.

Shahmie yang pernah beraksi di pentas Piala Dunia senior bersama Speedy Tigers awal tahun ini, membuktikan ketajamannya apabila meledak gol kedua peribadi selepas menyempurnakan penalti stroke pada minit ke-55.

Kemenangan 7-1 itu pastinya menjadi pembakar semangat terbaik buat Young Tigers apabila turun aksi kedua malam esok menentang juara bertahan, Argentina yang menewaskan Australia 1-0 petang tadi.



Lebih manis, kemenangan Young Tigers itu turut disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – KOSMO! ONLINE

Malaysia kenduri gol belasah Chile 7-1

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading