Penerbangan Malaysia Airlines ke Chennai dibatalkan kerana banjir

Penerbangan Malaysia Airlines ke Chennai dibatalkan kerana banjir

Penerbangan Malaysia Airlines ke Chennai dibatalkan kerana banjir
Pesawat Malaysia Airlines. – FOTO Reuters

Kuala Lumpur: Malaysia Airlines mengumumkan penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Chennai, India telah dibatalkan kerana Lapangan Terbang Chennai (MAA) ditutup akibat banjir.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu berkata penerbangan MH182 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur pada 9:10 pagi hari ini ke MAA telah dibatalkan.

“Penerbangan balik (melalui) pesawat MH183 juga akan dibatalkan,” katanya.



Lapangan terbang di Chennai telah ditutup sejak 9.17 pagi semalam disebabkan cuaca buruk.

“Penumpang yang menempah penerbangan ini boleh memilih untuk menangguhkan perjalanan sehingga 19 Disember 2023, atau boleh memohon penempahan semula untuk penerbangan ke Bangalore dan Hyderabad (tertakluk kepada ketersediaan) atau memilih bayaran balik,” kata syarikat penerbangan berkenaan.

Menurut laporan berita, Chennai dilanda hujan dan banjir ketika Taufan Michaung menghampiri bandar itu.

Penerbangan Malaysia Airlines ke Chennai dibatalkan kerana banjir

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading