Puteri Zarith: Saya Sudah Failkan, Still On Going
Puteri Zarith: Saya Sudah Failkan, Still On Going
Usahawan dan pempengaruh, Puteri Zarith mendedahkan dia masih lagi bergelar isteri kepada Dr Munzir Shkori meski mengakui sudah memfailkan perceraian sejak Mei lalu.
Menurut Puteri Zarith, dia tidak dapat berkongsi punca proses perceraian mereka belum selesai dan mengambil waktu yang panjang, buat masa ini.
“Macam mana nak cakap ya… saya sudah failkan, masih on going. Kami sudah tidak tinggal bersama, sebumbung. Cuma doakan yang terbaik untuk kami dan anak-anak kerana apa yang lebih penting sekarang ini adalah emosi mereka.
“Namun, saya masih bergelar isterinya kerana proses perceraian masih dalam perbicaraan di mahkamah.
“Tidak dinafikan anak-anak paling terkesan dengan apa yang berlaku. Mereka juga sangat bijak dan kalau saya cakap lebih nanti saya bimbang mereka akan dapat tahu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BERSATU bukan lagi ‘Abang Long’ Perikatan Nasional
- Pasca Kemaman, untung sabut atau untung batu buat Kerajaan?
- Kemenangan Besar PRK Kemaman Bakal Lenyapkan Legasi Nik Aziz Dalam PAS
“Saya tak kisah apa netizen nak cakap fasal keretakan rumah tangga saya walaupun macam-macam spekulasi muncul.
“Saya terima apa saja komen dengan hati terbuka asalkan anak-anak bersama saya selamanya,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis PZ Launch Party di Kuala Lumpur, pada Ahad.
Majlis sama turut diperkenalkan produk baharunya iaitu minuman bakar lemak, PZ The TehTarix yang sudah mulai djual sejurus pelancaran.
Puteri Zarith menambah, dia reda dengan ujian kerana percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah.
“Tidak dinafikan apabila masalah ini datang, ia hadir secara tiba-tiba dan di luar jangkaan saya. Tapi saya ambil ujian ini sebagai cabaran untuk teruskan hidup.
“Selama saya hidup selama 39 tahun ini saya boleh katakan saya belum lagi berdepan masalah yang besar. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehinggalah saya terdetik dalam hati ketika menunaikan umrah tahun lalu.
“Saya masih ingat lagi waktu itu saya berada di Masjid Nabawi dan terlintas dalam hati adakah Tuhan tidak menyayangi saya sebab selama ini saya selalu dengar Allah hadirkan ujian kepada hamba-Nya sebab Dia masih sayang.
“Tapi sebaliknya berlaku kepada saya sehinggalah saya balik ke Malaysia. Tak sangka ujian datang bertimpa-timpa. Walaupun dalam tangisan, saya tahu Allah masih sayangkan saya dan menerima apa yang berlaku ini dengan berlapang dada,”katanya lagi.
Terdahulu, Puteri mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Munzir Shkori pada Mei lalu.
Puteri dan Dr Munzir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan dikurniakan dua anak.
Puteri Zarith: Saya Sudah Failkan, Still On Going
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saifuddin Perlu Jaga Ahli Parlimen PPBM Sebelum Idamkan Ahli Parlimen UMNO
- Mohd Sany Hamzan Akan Gantikan Allahyarham Salahuddin Ayob
- Mahathir Lupa Tangan Beliau Masih Basah Dengan Darah & Airmata UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :