Budak hilang: Zayn Rayyan dilihat masuk hutan?

Budak hilang: Zayn Rayyan dilihat masuk hutan?

Budak hilang: Zayn Rayyan dilihat masuk hutan?
Budak hilang: Zayn Rayyan dilihat masuk hutan?

PETALING JAYA: Budak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dilaporkan hilang semalam, kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartment berkenaan, kira-kira 12.30 tengah hari.

Ismanira Abdul Manaf, 28, berkata selepas kehilangan anaknya dia cuba mencari di kawasan sekitar tetapi gagal sebelum memaklumkan kepada suami dan penduduk setempat untuk membantu mencari Zayn.



“Pada petang semalam, ada beberapa budak yang baru balik dari sekolah beritahu melihat anak saya masuk ke kawasan belukar berhampiran.

“Tapi apabila pasukan bomba dan unit anjing pengesan (K9) polis cuba carinya di kawasan itu, mereka maklumkan tiada kesan tapak kaki atau sebarang petunjuk anak saya berada di situ,” katanya ketika ditemui Harian Metro di lokasi pencarian di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut




Selain itu, ibu kepada dua anak itu berkata, anaknya turut dikatakan dilihat bermain di tingkat tiga blok kediamannya tetapi melarikan diri sebaik melihat kehadiran orang lain.

Berdasarkan petunjuk itu, Ismanira yakin anaknya masih berada di kawasan perumahan itu dan berharap ada individu yang menemuinya membantu membawanya pulang.

Katanya, dia dan suami turut memohon bantuan kariah masjid dan surau berhampiran untuk melakukan solat hajat supaya anaknya selamat dan segera ditemui.

“Zayn ini anak istimewa, dia lari sangat laju dan dia pernah saja masuk ke rumah orang lain tapi setakat ini belum pernah hilang kerana ke mana saja pergi memang bersama saya atau ayahnya. Dia mahu apa-apa pun selalu akan minta kebenaran kami.



“Sekiranya operasi pencarian dihentikan, saya akan teruskan pencarian sehingga anak saya ditemui semula,” katanya merayu orang ramai membantu menghebahkan kehilangan Zayn.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata


Terdahulu, Ismanira dilaporkan berkata, sebelum kejadian dia mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah.



Katanya, sebaik tiba di kawasan perumahan anaknya itu secara tiba-tiba meragam dan mahu bermain buaian di taman permainan.

“Saya turuti permintaannya dan menunggu dia bermain buaian selama beberapa minit sebelum memujuknya naik ke rumah kerana saya perlu memasak serta menyiapkannya untuk dihantar ke rumah pengasuh.

“Ketika menaiki tangga, saya memegang barang basah yang baru dibeli dan beg sekolah sementara Zayn menuruti saya dari belakang.

“Namun selepas beberapa langkah saya memanggil namanya, dia tidak menjawab dan apabila saya toleh lihat dia sudah tiada,” katanya.



Budak hilang: Zayn Rayyan dilihat masuk hutan?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button