Dr. Dzulkefly Ahmad: Saya dipanggil semula untuk lunaskan agenda, cita-cita saya [VIDEO] 

Dr. Dzulkefly Ahmad: Saya dipanggil semula untuk lunaskan agenda, cita-cita saya [VIDEO]

Dr. Dzulkefly Ahmad: Saya dipanggil semula untuk lunaskan agenda, cita-cita saya [VIDEO] 
Dr. Dzulkefly ketika ditemui pemberita di pekarangan pintu 2 Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.
PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengakui penglibatan semulanya dalam Kabinet adalah untuk melunaskan segala agenda yang telah dirangka sebelum ini untuk memastikan Kementerian Kesihatan (KKM) dapat diterajui dengan baik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk bersama-sama menggerakkan Kerajaan Perpaduan.

“Seperti mana yang telah disebutkan, kenapa beliau (Anwar) memanggil saya balik adalah untuk saya lunaskan segala cita-cita saya, reformasi agenda saya, projek-projek saya, program-program saya.

“Insya-Allah saya akan lakukan dengan terbaik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan pintu 2 Istana Negara, di sini hari ini.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik


Terdahulu, dalam ciapannya di aplikasi X, Dr. Dzulkefly memaklumkan bahawa beliau sudah bersedia untuk kembali berkhidmat di KKM selepas 12 bulan berehat.

Dr. Dzulkefly dilantik semula sebagai Menteri Kesihatan di dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan bagi menggantikan Dr. Zaliha Mustafa yang kini memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).



Sebelum ini, Dr. Dzulkefly turut menyertai Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – KOSMO! ONLINE

Dr. Dzulkefly Ahmad: Saya dipanggil semula untuk lunaskan agenda, cita-cita saya [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button