Vietnam buat Indonesia gigit jari

KUALA LUMPUR: Vietnam mara ke final Piala AFF 2022 selepas menundukkan Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Park Hang Seo merakam agregat 2-0 selepas aksi pertama di Stadium Gelora Bung Karno, Jumaat lalu berakhir dengan keputusan 0-0.

Indonesia yang dibimbing Shin Tae Yong pula terus kempunan untuk merangkul kejuaraan sulung di pentas AFF.



Vietnam akan berdepan pemenang antara Thailand dan Malaysia yang akan berentap dalam satu lagi separuh akhir di Stadium Thammasat, malam esok.

Belum pun sempat panas, pelawat sudah dikejutkan dengan gol seawal minit ketiga selepas percubaan Nguyen Tien Linh menewaskan Nadeo Argawinata.

‘Skrip’ sama berulang apabila Vietnam hanya memerlukan dua minit selepas rehat untuk meledak gol kedua – juga menerusi Tien Linh pada minit ke-48.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading