Kapal dagang bawa 1,500 tan beras ditahan labuhkan sauh secara haram

Kapal dagang bawa 1,500 tan beras ditahan labuhkan sauh secara haram

Kapal dagang bawa 1,500 tan beras ditahan labuhkan sauh secara haram
Kapal dagang dari Kepulauan Marshall ditahan kerana bersauh secara haram di perairan Batu Pahat. – Foto ihsan Maritim Malaysia

BATU PAHAT: Sebuah kapal dagang membawa muatan beras import ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Batu Pahat kerana melabuhkan sauh secara haram di perairan daerah ini, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Mohd Haniff Yunus, berkata kapal dagang yang berdaftar di Majuro, Kepulauan Marshall ditahan pasukan bot peronda pada jam 9.30 malam di kedudukan 5.6 batu nautika barat daya Tanjung Tohor.

Katanya, penahanan itu dilakukan selepas nakhoda kapal terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran untuk bersauh di perairan terbabit.



“Kapal dagang itu membawa muatan beras import sebanyak 1,500 tan dilaporkan dalam perjalanan dari China ke Turkiye.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal menunjukkan dokumen kebenaran bersauh namun semua kru dan anak kapal mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kapal terbabit dikendalikan 19 kru warga Ukraine dan Filipina berusia antara 27 hingga 53 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Laut Malaysia.



“Mereka boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Kapal dagang bawa 1,500 tan beras ditahan labuhkan sauh secara haram

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button