Abang Johari tidak tolak kemungkinan Sarawak ambil alih bank perdagangan

Abang Johari tidak tolak kemungkinan Sarawak ambil alih bank perdagangan

Abang Johari tidak tolak kemungkinan Sarawak ambil alih bank perdagangan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Kuching: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan mengambil alih sebuah bank perdagangan di negara ini sebagai satu lagi entiti untuk ditadbirnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu yang dilaporkan media baru-baru ini mengenai hasrat kerajaan negeri untuk menambah pegangan dalam Affin Bank Bhd sehingga 20 peratus.

“Saya tak berani komen kerana Affin sebuah syarikat tersenarai,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.



Ditanya sama ada perkembangan ini menggambarkan entiti ketiga yang ingin diambilalih kerajaan negeri beliau berkata: “Kata orang, kalau tak ada angin, tak akan bendera bergoyang.”

Pada Jumaat lepas, Abang Johari berkata Sarawak menyasar untuk mengambil alih satu lagi entiti yang akan merancakkan sektor perniagaan dan keusahawanan negeri tersebut.

“Terdapat tiga perkara yang kita rancang ambil alih pada 2024. Satu sudah (Pelabuhan Bintulu), yang kedua tunggu nanti saya bagi tahu dan yang ketiga sudah tentu, MASWings Sdn Bhd. Kemudian (selepas pengambilalihan itu), kita akan mempunyai keseluruhan sistem ekonomi untuk Sarawak,” katanya.

Pada 8 Jan 2024, Affin Bank Bhd dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai pemegang saham utamanya mengesahkan sedang berbincang dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak untuk “kemungkinan urus niaga membabitkan saham tambahan”.



Abang Johari tidak tolak kemungkinan Sarawak ambil alih bank perdagangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading