Duta Uzbekistan tinjau peluang kerjasama

Duta Uzbekistan tinjau peluang kerjasama

Duta Uzbekistan tinjau peluang kerjasama
GADOEV (kanan) ketika lawatan ke Proton Tanjung Malim.

Kuala Lumpur: Duta Uzbekistan ke Malaysia Karomidin Gadoev diiringi wakil dari kedutaaan negaranya melawat Proton Tanjung Malim dan membincangkan peluang kerjasama dengan pengeluar kereta nasional itu dalam industri automotif.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata, syarikat itu sentiasa mencari rakan kongsi bagi meluaskan jangkauannya dan menjadi pengeluar peralatan tulen antarabangsa (OEM) adalah antara tonggak jenamanya.

“Justeru, kami berterima kasih atas kunjungan duta Uzbekistan dan delegasinya dan berharap beberapa perkembangan positif terhasil untuk dilaporkan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.



Dalam pada itu, susulan lawatan ke Tanjung Malim itu, Gadoev berkata, Malaysia adalah rakan jangka panjang dan boleh dipercayai bagi Uzbekistan, dihubungkan menerusi perdagangan dan budaya yang berabad lamanya, persahabatan dan keakraban rohani.

Katanya, sejak beberapa tahun lalu, hubungan ekonomi dua hala antara Uzbekistan dan Malaysia semakin berkembang dan ketika ini, 36 syarikat Malaysia beroperasi di Uzbekistan dan satu syarikat Uzbekistan menjalankan perniagaan di Malaysia.


“Menjelang akhir 2024, tiga syarikat Malaysia memulakan aktiviti mereka di Uzbekistan dan pada masa ini, rundingan dengan beberapa pemain industri Malaysia untuk mewujudkan projek pelaburan bersama berjalan lancar,” katanya.

“Ada potensi besar belum diteroka antara Uzbekistan dan Malaysia daripada segi hubungan ekonomi dua hala,” katanya.

Duta Uzbekistan tinjau peluang kerjasama

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button