Orkid Mokara dieksport ke Dubai

Orkid Mokara dieksport ke Dubai

Orkid Mokara dieksport ke Dubai
SHIZ Kassim (kanan) meninjau kerja-kerja pemindahan 270 kotak berisi kotak hadiah premium Orkid Mokara di KLIAsebelum diterbangkan ke Dubai. FOTO Bernama

Sepang: Pengeksportan orkid dalam bentuk kotak hadiah premium menerusi 270 Kotak Hadiah Premium Orkid Mokara ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena Festival Gulfood 2024 bakal menjadi satu penanda aras dalam industri orkid negara.

Bunga orkid varieti Mokara yang diterbangkan pada semalam adalah hala tuju penting kepada projek Ladang Eksport Orkid Dubai (LEOD) dalam merealisasikan pengeksportan komoditi bernilai tinggi ke pasaran Asia Barat.

LEOD adalah projek rintis yang membabitkan tiga ladang dengan keluasan 29.14 hektar iaitu LEOD Lukut, Linggi dan Sepang.



Ketika ditemui Bernama, Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian Pembangunan Industri Florikultur), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) Mohamad Nizam Malik berkata, meskipun mendapat permintaan yang tinggi, usaha untuk mempromosikan produk orkid tetap diteruskan.

Susulan itu, Mohamad Nizam berkata, majlis promosi yang dijadual diadakan pada 21 Februari di festival berkenaan dapat mengetengahkan produk pertanian tempatan bagi memenuhi permintaan daripada sektor pelancongan dan perhotelan di Dubai yang memerlukan daya tarikan unik dan ekslusif untuk pengunjung.

“Secara tradisinya orkid dieksport ke Singapura, Hong-Kong dan Jepun. Namun begitu, risiko kepada pengeluar amat tinggi kerana kemasukannya perlu mematuhi syarat kuarantin yang ketat terutama dari segi rawatan kuarantin lepas tuai orkid, tetapi tidak (syarat kuarantin ketat) ke Dubai,” katanya yang juga penasihat projek LEOD itu.

Sementara itu, program pelepasan orkid untuk percubaan eksport ke Dubai itu turut dijayakan oleh Orchidmas Sdn Bhd dari segi penjenamaan dan pembungkusan kotak premium Orkid Mokara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Orchidmas Shiz Kassim berkata, operasi penghantaran sangat mencabar terutamanya bagi memastikan orkid yang dibungkus secara ekslusif dalam kotak berwarna emas itu tahan segar sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Media Mesti Beretika Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Media


Sebelum ini, dilaporkan bahawa hasil eksport orkid mampu menyumbang sebanyak RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi dari negara luar.



Orkid Mokara dieksport ke Dubai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir cari helah elak hadapi RCI Batu Puteh

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button