Tiada kenaikan harga kenderaan

Tiada kenaikan harga kenderaan

Tiada kenaikan harga kenderaan
KENAIKAN cukai perkhidmatan tidak menjejaskan harga kenderaan.

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, tiada kenaikan harga kenderaan, susulan kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada 8.0 peratus, berbanding 6.0 peratus, mulai 1 Mac ini.

“Setahu saya tiada kenaikan harga kenderaan pada 1 Mac depan dan hanya cukai perkhidmatan dinaikkan daripada enam ke lapan peratus.

“Kenaikan (cukai perkhidmatan) juga tidak menjejaskan harga kenderaan,” katanya kepada Bisnes Metro.



Pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 8.0 peratus berbanding 6.0 peratus.

Bagi tidak membebankan rakyat katanya, peningkatan itu tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Cerita Dengan RCI Tommy Thomas?




Beliau berkata, kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penaja jaminan dan karaoke.

Sementara itu, penganalisis automotif, Hezeri Samsuri berkata, setakat ini, tiada pengumuman kenaikan harga kereta diterima pemain industri, namun beliau menjangkakan akan ada kesan kepada kos servis kenderaan, termasuk bengkel kereta dan motosikal.

Hezeri berkata, kesan kenaikan SST kepada peningkatan harga barangan automotif juga belum dapat dipastikan lagi kerana kos logistik kebanyakannya bergantung terhadap volum kenderaan.

“Secara keseluruhannya, industri automotif tahun ini terutama jualan kenderaan atau TIV (jualan keseluruhan industri) dikatakan akan menguncup selepas prestasi yang cukup hebat tahun lalu, dijana oleh jualan kenderaan backlog orders (tempahan tertunggak).



“Tahun ini, tidak banyak lagi kenderaan backlog orders, jadi saya berpendapat jualan kenderaan akan menurun berbanding 2023.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Media Mesti Beretika Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Media




“Bagaimanapun, impak kos servis kenderaan, jika kenaikan tidak terlalu tinggi, masih tidak menggugat jualan kenderaan,” katanya.

Ditanya, selain kenaikan cukai perkhidmatan kepada 8.0 peratus, adakah pemberian subsidi bagi bahan api diesel bakal mempengaruhi harga kenderaan, beliau berkata, pengurangan subsidi bahan api pasti akan memberi kesan kepada jualan kenderaan, terutama daripada model kenderaan yang berkaitan.

Katanya, dalam segmen diesel, tiada banyak pilihan lain dan sebagai contoh, jika pengguna perlu menggunakan trak pikap, 99 peratus trak pikap yang dijual di Malaysia ialah jenis diesel.

“Impak pada jualan trak pikap saya kira akan terkesan, terutama daripada golongan pembeli segmen gaya hidup dan paling merisaukan ialah mereka yang memang perlu menggunakan kenderaan diesel, tetapi terpaksa menanggung kenaikan kos bahan api tanpa sebarang amaran awal.



“Ini akan memberi kesan ekonomi kepada mereka, sama juga seperti mereka yang baru membeli kenderaan diesel sebelum pengumuman penarikan subsidi diesel yang mana pengguna ini tidak boleh menjual kenderaan baharu mereka dan harga kenderaan diesel terpakai pula akan merudum.

“Sepatutnya pengumuman penarikan subsidi bahan api dibuat dalam tempoh masa 24 bulan dan ke atas supaya industri dan pengguna dapat menyesuaikan keadaan dan lebih bersedia,” katanya.

Tiada kenaikan harga kenderaan

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Mahathir cari helah elak hadapi RCI Batu Puteh

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading