PKNS lancar 90 unit rumah teres di Antara Gapi

PKNS lancar 90 unit rumah teres di Antara Gapi

PKNS lancar 90 unit rumah teres di Antara Gapi
Mahmud Abbas

Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan 90 unit rumah teres dua tingkat Ixora di Antara Gapi, Serendah dekat Selangor dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM57 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datuk Mahmud Abbas berkata, projek unit perumahan terhad di kawasan seluas 3.65 hektar itu dijangka siap pada 2026.

“Rumah ini dibina bercirikan reka bentuk moden kontemporari berlatarkan kehijauan landskap dan jauh dari hiruk-pikuk kota raya. Ixora juga dilengkapi empat bilik tidur serta tiga bilik air selain mempunyai tempat letak kereta yang lebar dan luas serta kemudahan rekreasi menarik,” katanya selepas melawat rumah contoh.



Mahmud berkata, Ixora merupakan lokasi strategik kerana ia mudah diakses melalui beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Rawang Bypass dan Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (Latar) dan Jalan Persekutuan Rawang – Tanjung Malim selain jarak perjalanannya ke ibu kota hanya 36 kilometer.

Beliau memaklumkan setakat ini 300 peratus (400 orang) telah mendaftar untuk memiliki unit terhad itu.


PKNS lancar 90 unit rumah teres di Antara Gapi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir cari helah elak hadapi RCI Batu Puteh



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button