Piala Thomas: Malaysia tempah aksi suku akhir

Piala Thomas: Malaysia tempah aksi suku akhir

Piala Thomas: Malaysia tempah aksi suku akhir
JUSTIN melakukan pukulan smash ketika menyumbang mata keempat Malaysia dengan menewaskan Abderrahime hari ini. – SABRI HASSAN/BAM

KUALA LUMPUR – Skuad badminton lelaki negara mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu, China selepas menewaskan Algeria 5-0 pada aksi Kumpulan D sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Hi-Tech Zone itu, Malaysia tidak berdepan sebarang masalah apabila hanya memerlukan masa 1 jam 55 minit untuk membenam pasukan dari Afrika itu.

Sementara itu, Cheam June Wei yang tidak diturunkan semalam diberi kesempatan untuk merasai suasana pertandingan apabila beraksi sebagai perseorangan kedua dengan menewaskan Youcef Sabri Medel 21-9, 21-14.



Kemudian, giliran beregu, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri meletakkan Malaysia selesa 3-0 di depan apabila mencatat kemenangan 21-8, 21-3 ke atas Sifeddine Larbaoui-Mohamed Abdelaziz Ouchefoun dalam tempoh 17 minit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adlan Berhan Dan Jho Low Akan Di Bawa Balik, Tapi Bila?


Malaysia terus meletakkan kedudukan dalam keadaan lebih selesa apabila Justin Hoh memastikan pasukan negara mendahului 4-0 selepas mudah membenam cabaran Mohamed Abderrahime Belarbi 21-10, 21-14.



“Hari ini saya fokus kepada rentak permainan dan bermain secara rali selain bersiap sedia untuk perlawanan seterusnya. Sekiranya ada peluang, sudah tentu saya mahu bermain menentang Denmark nanti,” kata Justin sejurus tamat perlawanan.

Nur Izzuddin Rumsani-Soh Wooi Yik kemudiannya melengkapkan kemenangan bersih skuad negara apabila menewaskan gandingan Koceila Mammeri-Sabri Medel 21-13, 21-9 dalam tempoh 24 minit.

Selepas mengesahkan tempat ke suku akhir, Malaysia mengalihkan fokus untuk aksi menentang Denmark Selasa ini yang bakal menentukan pasukan manakah akan melangkah ke pusingan kalah mati sebagai juara Kumpulan D. – KOSMO! ONLINE

Piala Thomas: Malaysia tempah aksi suku akhir

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Adlan Berhan Dan Jho Low Akan Di Bawa Balik, Tapi Bila?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading