65 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan RM10 juta setahun

65 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan RM10 juta setahun

65 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan RM10 juta setahun
65 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan RM10 juta setahun

Sebagai syarikat terkemuka dalam memperkasakan keusahawanan, RichWorks International Sdn Bhd berkongsi visi dan harapan untuk melahirkan dan memupuk ‘100 Gladiators’.

Misi ini merangkumi ahli TITANIUM yang mempamerkan kecemerlangan dengan pendapatan jualan tahunan melebihi RM10 juta pada tahun 2024.

Walaupun berdepan krisis global dan kenaikan kos dalam perniagaan terutama dari segi bahan mentah dan pelbagai faktor lain, komitmen dan usaha gigih RichWorks terus membuahkan hasil ke arah kejayaan berterusan.



Selain itu, RichWorks turut melancarkan buku terbaru berjudul, “THE TITAN GLADIATORS – Perjalanan 65 Usahawan Biasa Capai Jualan Lebih RM10 Juta Setahun,” sempena Wiraland Award dan Inner Circle Meeting (ICM) untuk ahli Titanium RichWorks di PARKROYAL Langkawi Resort 4 Mac lalu.

Dengan kisah 65 usahawan berjaya dari 51 jenis perniagaan, buku ini memaparkan cabaran, kejayaan, dan langkah strategik yang mendorong semua individu ini daripada peringkat awal perniagaan hingga melepasi RM10 juta dalam jualan tahunan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Saiful Terlepas Tindakan Dari Dewan Rakyat Tapi Berhadapan Hukuman Denda & Penjara Bawah Akta SPRM





65 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan RM10 juta setahunPada majlis sama, Wiraland Award turut mengiktiraf 151 perniagaan dalam 16 kategori atas pencapaian dan peningkatan jualan perniagaan mereka antara RM10 juta hingga RM500 juta pada tahun 2023.

Selain itu, 65 ahli Titanium Gladiators berjaya mencapai jualan tahunan terkumpul melebihi RM2 bilion. Kejayaan ini juga membabitkan 541 perniagaan di bawah bimbingan RichWorks dari segi jualan dan kepimpinan.

“Sumbangan tahunan kami kepada KDNK negara menandakan dedikasi RichWorks kepada kedua-dua pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara, sejajar dengan agenda kerajaan untuk memupuk keusahawanan dan memacu pembangunan ekonomi.

“Dengan memperkasakan individu yang berketerampilan dan membangun minda berwawasan, kami secara aktif mendukung inisiatif yang bertujuan untuk memupuk ekosistem keusahawanan yang teguh,” kata Mentor, Pengasas, dan Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman.



Sejak penubuhannya pada tahun 2008, RichWorks sudah memperkasakan lebih 1.5 juta usahawan, memberi impak positif kepada lebih 700,000 peserta melalui program secara langsung dan secara maya ketika pandemik Covid-19.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS dan BERSATU cetus revolusi untuk cabar Institusi Istana?


Inisiatif seperti program Millionaire Marketing Mastery membantu usahawan memahami strategi pemasaran zero kos atau berbayar.RichWorks juga menetapkan matlamat untuk melihat 100 perniagaan mencapai jualan tahunan melebihi RM10 juta pada tahun 2024 dengan usaha untuk mengiktiraf dan menangani cabaran utama usahawan.



Usaha ini juga akan meluas melalui penyebaran ilmu, program latihan dan bimbingan, serta pembabitan aktif di platform media sosial dengan inisiatif percuma dan program berbayar selain memperkasakan usahawan sedia ada dan baharu.

Dalam pada itu, RichWorks baru melancarkan sesi eksklusif, ‘Business Coaching: Your 1st Million or 10 Million,’ di Kota Bharu, Kelantan pada 24 April dan Shah Alam, Selangor pada 1 Mei depan.

Sesi bimbingan ini ditaja sepenuhnya umtuk usahawan yang mahu mencapai jualan RM1 juta atau lebih RM10 juta pada tahun ini.

Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat melalui pautan ini.



 

65 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan RM10 juta setahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Siapa Yang Bayar Yuran Guaman Isham Jalil, Tanya Jer…



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button