SPRM tahan pemilik, pengarah syarikat sekongkol seludup rokok dan arak

SPRM tahan pemilik, pengarah syarikat sekongkol seludup rokok dan arak

SPRM tahan pemilik, pengarah syarikat sekongkol seludup rokok dan arak
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pemilik dan pengarah syarikat ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan rokok serta arak secara haram melalui pintu masuk negara.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai berperanan sebagai pengumpul akaun keldai bagi pihak sindiket untuk digunakan membayar wang rasuah kepada penjawat awam yang terbabit memberi pelepasan kontena yang mengandungi rokok dan arak tanpa melalui pemeriksaan.

Katanya, mereka juga dipercayai turut menjalankan kegiatan haram lain seperti perjudian dalam talian dan menjadi orang tengah bagi mencari khidmat ‘forwarding agent’ bagi kegunaan sindiket haram di negara ini.



“Sebagai orang tengah, kedua-dua suspek ini disyaki turut membayar wang antara RM500 hingga RM1,000 kepada mana-mana individu yang boleh memberikan dokumen pengenalan diri untuk didaftarkan sebagai pemilik kepada syarikat palsu (bogus).

“Susulan Op Samba 2.0 yang dijalankan sejak dua minggu lalu, Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) semalam sudah menahan 14 lagi individu terdiri daripada 12 penjawat awam dan pemilik serta pengarah syarikat ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu




“Seramai 12 penjawat awam dibebaskan selepas keterangan mereka dirakam, manakala pemilik dan pengarah syarikat berkenaan ditahan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Susulan itu, dua individu berkenaan di reman selama tiga hari sehingga 28 Mac ini.

Reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, menerusi operasi khas yang dijalankan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) berjaya menahan 34 penjawat awam dan sembilan orang awam yang dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan sejak tahun 2018 hingga 2023.



Sindiket ini dipercayai menggunakan modus operandi dengan menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ralat & Permohonan Maaf


Selain itu, sindiket ini juga dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan ‘syarikat hantu’ dan juga melalui pengurup wang.



Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman empat suspek berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009,” katanya.

SPRM tahan pemilik, pengarah syarikat sekongkol seludup rokok dan arak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ralat & Permohonan Maaf


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading