Misi Gaza Freedom Flotilla ditangguhkan, peserta dinasihat pulang – Ann Wright
Misi Gaza Freedom Flotilla ditangguhkan, peserta dinasihat pulang – Ann Wright

Istanbul: Suasana hiba menyelubungi dewan makan Hotel Tugra selepas semua peserta dinasihatkan untuk pulang ke negara masing-masing selepas Republik Guinea Bissau menarik semula kebenaran menggunakan bendera mereka di atas kapal utama Akdeniz (Mediterranean).
Perkara itu dimaklumkan Ahli Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright dalam pertemuan bersama semua delegasi di Fatih, Istanbul pada petang Jumaat.
“Kami telah putuskan adalah terbaik untuk kami katakan, pendaftaran bendera baru ke atas kapal tidak akan dapat diperoleh dalam masa terdekat.
Dukacita juga kami terpaksa meminta semua peserta pulang,” katanya.
Pada Khamis, FFC dalam satu kenyataan menyatakan Israel memberi tekanan kepada Republik Guinea Bissau supaya menarik balik pendaftaran atau lesen daripada kapal utama itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Formula Rafizi: RM3.86 Bersamaan 1USD Ekonomi Teruk, RM4.78 Bersamaan 1USD Ekonomi Mantop
- Pengundi India Akan Menjadi Faktor Penentu Kemenangan Di PRK DUN Kuala Kubu Baharu
- Malaysia akan jadi “Pariah state” jika tidak akur kepada titah Raja
Ini, menurut FFC, mencetuskan satu permintaan untuk pemeriksaan tambahan, ini dari negara kapal itu didaftarkan, yang menangguhkan pelayaran pada 26 April seperti yang dirancang.
Penundaan kali ketiga ini memberi kesan yang cukup mendalam dengan suara tangisan memecah keheningan di dewan makan hotel.
Tindakan negara republik itu yang akur dengan kehendak Israel memberi implikasi yang cukup mendalam mengakibatkan kapal penumpang Akdeniz tidak boleh memulakan pelayaran kerana mengikut undang-undang, setiap kapal yang memasuki perairan antarabangsa perlu mengibarkan bendera negara kapal itu didaftarkan sepanjang pelayaran.
Kapal kargo yang membawa bantuan kemanusiaan mendesak ke Gaza dengan kapasiti 5,000 tan yang didaftarkan dengan negara yang sama juga menghadapi perkara sama dan terpaksa pulang semula ke pelabuhan di Turkiye.
Wright juga memaklumkan, semua delegasi yang terlibat akan dipanggil semula dan akan diletakkan dalam senarai nama utama untuk mengikuti pelayaran flotilla kali kedua nanti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Janggal Bunyinya Bila Annuar Musa Bercakap Tentang Kesetiaan Kepada Raja
- Boleh Hadi Beritahu Apa Yang Beliau Dan PAS Sudah Bantu Rakyat Palestin?
- Kerana Enggan Ikut Nasihat Najib, Akhirnya Sapura Energy Terlepas Ke Tangan Asing
“Selepas sahaja kami uruskan semua perkara, persiapan pelabuhan dan pendaftaran bendera untuk kapal, anda semua akan menjadi senarai terawal dipanggil semula,” tambahnya.
Ketika ini, 18 warga Malaysia menyertai masyarakat awam antarabangsa melakukan pelayaran menaiki flotila untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.
Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) Datuk Seri Dr Kamal Nasaruddin Mustapha dalam sidang media sebelum ini berkata 18 warga Malaysia itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media
Antara pengamal media Malaysia yang menyertai flotila itu ialah penulis yang juga wartawan penyiaran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan jurukamera Bernama TV Mohammad Nulhakim Jailan.
Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia itu kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April untuk persiapan akhir sempena misi Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024 itu.
Tarikh pelayaran asal pada 21 April. Ia kemudian ditunda dua kali kepada 24 April dan 26 April.
Misi Gaza Freedom Flotilla ditangguhkan, peserta dinasihat pulang – Ann Wright
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM
- MIC Turun Berkempen, MCA Boikot PRK Kuala Kubu Baharu
- PAS Masih Mencari Dalil Untuk ‘Halalkan Kesalahan’ Anak MB Perlis
- Titah Addendum – Kenyataan dan pendirian Anwar didorong pemegang saham terbesar Pakatan Harapan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :