Wanita parah ATV dinaiki jatuh dari tebing air terjun

Wanita parah ATV dinaiki jatuh dari tebing air terjun
TAIPING: Seorang wanita parah, manakala rakannya terselamat selepas kenderaan jenis All Terrain Vehicle (ATV) yang dinaiki terjatuh dari tebing air terjun di Kampung Sempeneh Cempaka, Batu Kurau, di sini, petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian berkenaan pada jam 2.27 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau bergegas ke lokasi untuk operasi menyelamat.
“Setibanya di lokasi, pasukan kita mendapati sebuah ATV terjatuh dari tebing air terjun ketika kedua-dua mangsa sedang melakukan aktiviti rekreasi bersama rakan mereka.
“Difahamkan pemandu ATV hilang kawalan dan mangsa bersama kenderaan yang dinaiki terjatuh dari tebing, menyebabkan seorang mangsa parah pada bahagian kepala dan mulut, manakala pemandu tidak cedera dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
“Mangsa yang parah dikenali sebagai Nurhanis Zulaikha Zamri,23, diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 3.08 petang,” katanya.
Wanita parah ATV dinaiki jatuh dari tebing air terjun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Senarai nama bakal kena gantung keahlian
- Syarat UMNO Kepada PAS Sekiranya Ikhlas Mahu Hidupkan Kembali Muafakat Nasional
- Melayu bukan Kuda untuk Mahathir tunggang.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :